Sila Click sini ya... Terima Kasih !

KAMBING MASAK BERIANI ... menyelerakan sungguh !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini nak share resepi  dari Dapur Tanpa Sempadan
Resepi asal Che Mat Gebu di sini KAMBING MASAK BERIANI

Sekali sekala makan berlaukkan kambing memang sedap.
Terima Kasih Che Mat. Berselera sungguh !

Jomm kedapur kita tengok resepi.


Bahan A
600 daging kambing
1 pokok daun ketumbar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya

Bahan B (Bahan Tumis)
1/3 cawan minyak
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan  C  (Satu dan jadikan pes)
2 camca besar penuh rempah briyani (sebarang jenama)
6 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 biji tomato yang masak ranum *
3 biji cili hijau *
* Disatukan dan dikisar halus

Bahan D
4 biji kentang, (kupas, dibelah 4 setiap 1 dan rendam)
2 camca besar penuh kerisik
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1/2 cawan susu sejat
1 biji limau nipis
2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 biji cili merah (dibelah 2 tapi tak putus)
1 biji cili hijau (dibelah 2 tapi tak putus)

Bahan E (Untuk hiasan)
Hirisan daun ketumbar
Sedikit bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya 
1. Daging kambing dicuci, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 20 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak sapi dan biarkan cair. Tumis bawang besar hiris hingga layu, masukkan bahan tumis yang lain (bahan B) dan masak hingga harum.
3. Tambah bahan C, kacau dan masak hingga naik minyak. Masukkan daging kambing, daun ketumbar dan bawang goreng, gaul rata dan masak hingga daging kecut.
4. Tuang air secukupnya hingga daging tenggelam. Kacau rata dan biar mendidih, kemudian sederhanakan api. Masak hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika kuah kering dan daging masih belum empuk.
5.Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
6.Perah limau nipis dalam susu sejat, kacau rata masukkan ke dalam kuah, kacau dan masak hingga kentang empuk.
7. Tambah gula melaka, perasakan dengan garam secukupnya dan akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Boleh dihidangkan bersama nasi berperisa atau nasi putih..

* Selamat Menjamu Selera ...
~FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.