A

A

LEMPENG BISKUT MARIE ...sipi-sipi terasa keenakkan biskut


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

LEMPENG BISKUT MARIE
Lempeng yang saya sediakan untuk minum petang semalam.

Kebetulan masih ada baki Biskut Marie yang dibeli hari tu untuk masak Pasembor Mamak, maka jadi lah lempeng ini untuk kali yang ke 2!
Pertama kali beberapa hari lepas, tapi memang tak sempat nak di fotokan kerana dah lewat petang.
Cahaya pon dah kurang..
Jadi semalam saya masak awal sikit...

Ikut selera tekak saya memang sedap kerana sipi-sipi akan terasa keenakkan biskut Marie dalam lempeng yang manis ini

Jomm !

Bahan A
6 keping biskut Marie
1 1/2 cawan air
2 camca besar gula putih (halus)
sedikit garam

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris sederhana tebal) *optional

Bahan C
sedikit minyak sapi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A kedalam mangkuk dan biarkan ia selama 10 minit. Tujuan adalah untuk melembutkan biskut.
2. Satukan bahan B kedalam mangkuk yang berasingan. Selepas 10 minit, satukan adunan A tadi kedalam adunan B dan gaul sebati.
* Jika rasa adunan terlalu pekat boleh lah ditambah sedikit lagi air. Ini adalah kerana ia bergantung kepada 'brand' tepung gandum yang digunakan.
* Jika menggunakan gula kasar, harus diperap 15-20 minit tambahan supaya gula hancur dan sebati dalam adunan.

3. Panaskan kuali leper non-stick dan letakkan sedikit minyak sapi.
4. Apabila minyaktelah panas, sudukan campuran tepung tadi ketengah kuali dan bakar dengan api yang sederhana sehingga lempeng bertukar keemasan.
5. Balikkan dan terus bakar sehingga kedua-dua permukaan lempeng masak.
6. Ulang sehingga habis adunan yang dibancuh.

* Selamat Menjamu Selera ...

~ FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.