Sila Click sini ya... Terima Kasih !

MINI MURTABAK DAGING ... Sedap dan ranggup makan panas-panas !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Projek MINI MURTABAK DAGING pagi ini !

Sayang pula tengok ada sebiji lagi ubi keledek Oren dalam laci.

Perancangan awal tu nak buat kuah mee dengan keledek ni.
Nampak kena tangguh lagi lah.
Sebab bahan tak cukup lengkap

Terfikir-fikir juga apa nak masak dengan ubi keledek sebiji ni
Tak kan CUCUR KERIA lagi kan..

emm...
Haaaa !!!!!
Ada kulit popia dalam peti ais !
Ni pon satu...Lama-lama simpan nanti rasa nya dah jadi lain macam pulak

Boleh juga kalau ON projek MINI MURTABAK
Sedap ni...



Last sekali saya sediakan murtabak pada bulan puasa lepas di sini MINI MURTABAK DAGING

Tapi hari tu inti nya saya gunakan campuran sayur-sayuran.
Yang hari ini ubi keledek.
OK !!

Jommm ke dapur ...



Bahan A
Spring Roll Pastry aka Kulit Popia

Bahan B
Minyak untuk menumis
3 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
1/2 batang kulit kayu manis 1 inci
1 biji buah pelaga

Bahan C
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 camca besar rempah kari Daging
1 camca teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit air
1/2  keping daging kisar 'Ramly'
1 biji ubi keledek oren sederhana besar(dipotong kiub)
1/2 keping gula melaka
sedikit garam

Bahan D
2 biji telur ayam
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris)
1 mangkuk kecil hirisan daun sup (saya tak masukkan sebab tiada stok)
1/2 mangkuk hirisan daun bawang

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan B hingga terbit aroma.
2. Masukkan bawang putih dan daun kari. Goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan rempah, lada hitam dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan daging dan ratakan sekejap.
5. Terus masukkan keledek, gula merah, garam dan sebatikan dengan rempah. Tutup tudung kuali dan perlahankan api. Masak sehingga ubi empok dan pekat. Anggaran 8-10 minit.
6. Angkat dari api dan masukkan bahan D dan ratakan sekali lagi.

7. Panaskan kuali leper / non stick pon boleh. Letakkan sedikit minyak.
8. Ambil sekeping 'spring roll' dan letakkan dalam pinggan leper atau boleh juga guna tudung periuk.
    Pastikan baki 'spring roll' ditutup dengan kain lembab untuk mengelakkan ia mengering.
9. Letakkan 1 camca besar inti ditengah tengah. 
10. Lipat dan terus alihkan kedalam kuali leper. Pastikan bahagian lipatan tebal berada dibawah ketika pertama memasak.
11. Alihkan jika pasti telah bertukar keperangan.
Kalau nak sedap lagi ...biar sampai kulit menjadi ranggup !

* Sedap makan panas-panas

~FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.