Nuffnang

SAMBAL PETAI RANGGUP ...Tips keranggupan ikan bilis tahan lama


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ...

Salam berhujung minggu semua !
Hari ini dah 04 hb 2.
Sekejap saja masa berlalu kan
Terasa macam baru saja sambut tahun baru.

Hari ini saya masak SAMBAL PETAI RANGGUP
Makan dengan nasi panas memang sedap !

Untuk elakkan pembaziran, Petai ini tak dibuang kulitnya tetapi saya masukkan sekali bersama biji.
Lagipon saya memang suka kulit petai
Kulitnya yang sedikit kelat memang sedap.

Untuk resepi ini, petai tidak digoreng secara berasingan tetapi dimasukkan pabila sambal telah mulai kering.
Ini adalah untuk mengelakkan kulit nya menjadi liat apabila digoreng lama.
Bila dimasak begini, petai didalam sambal tetap RANGGUP dan SEGAR bersama ikan bilis.

Untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis pula, pastikan ia masukkan kedalam sambal apabila sambal tersebut telah berada pada suhu bilik.
Jangan sesekali masukkan ketika sambal masih panas yaaa !
* Semestikan sambal tidak berair lah .......

Jomm kita kedapur ...


Bahan A
1 1/2 mangkuk ikan bilis (dikopek 2)
sedikit minyak untuk menggoreng
1 batang serai (diketuk lebam)
2 keping asam gelugor
4 biji bawang besar
3 papan petai (dihiris kecil)
1 camca kecil gula putih
sedikit garam

Bahan B (dikisar kering tanpa air)
12-15 biji cili kering
4 ulas bawang putih

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis dengan api perlahan sehingga garing. Angkat dan toskan minyak nya.
* Pastikan ikan bilis dibasuh hanya ketika saat untuk menggoreng. Ini adalah untuk mengelakkan ia menjadi liat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bahan B sehingga garing.
3. Masukkan serai dan goreng sekejap.


4. Masukkan asam gelugor diikuti bawang besar. Masak sehingga bawang layu.


5. Masukkan petai dan perasakan dengan gula dan sedikit garam. Ratakan dan boleh dipadamkan api.
6. Apabila sambal telah sejuk, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Ratakan dan boleh dihidangkan.
 ~FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.