AYAM GORENG KREMES ... Superr Sedap dan Supper Ranggup !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Lagi lauk AYAM GORENG KREMES ... Superr Sedap dan Supper Ranggup !!!
Kalau yang belum pernah cuba, saya sarankan cuba lah.

Kali ini saya tambahkan beberapa bahan lagi untuk lebih menyedapkan rasa ayam dan kremesan.
Lagi sedap !!!
Simple ja nak buat nya....

Kalau nak buat ayam penyet pon boleh menggunakan resepi ini.
Rujuk disini NASI AYAM PENYEK ... Sedap nyaaaaa. Ranggup sungguh !!!

Memang berbaloi-baloi sedap rasa isi ayam kali ini... sebab saya tambahkan beberapa bahan lagi !!!
Di tambah lagu kremesan yang supper ranggup dan bersarang ni... suka meratah sampai habis !!!

Jomm ..


Jom Tonton Video ...




Bahan A
1/2 ekor ayam (Saiz besar)
2 helai daun bay
1/2 kiub 'pati ayam'
sedikit air (Air jangan lebih kerana akan membazir rempah rebusan.Sekadar tenggelamkan ayam saja)
sedikit garam

Bahan B (diblend halus)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 camca teh lada hitam biji
1 camca teh lada putih biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih biji
1 camca besar ketumbar biji

Bahan C (Tepung gorengan Ayam)
125 gram Tepung Sagu
2 sudu besar 'penuh' tepung beras 'Campuran' (Cap 1 Gajah)
1 biji kuning telur
200 ml 'air dan rempah ratus rebusan ayam'. (Kepekatan saperti goreng pisang)
1/2 sudu teh baking powder

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk, tutup tudung periuk dan rebus dengan api perlahan untuk mengelakan kuah meruap. 
Periuk ditutup tudung nya untuk memastikan isi ayam masak sempurna.
Proses merebus jangan terlalu lama kerana isi ayam akan hancur dan texture menjadi kurang menarik.
2. Balikkan ayam dengan perlahan dan teruskan merebus.
3. Jika pasti isi ayam telah masak sampai ketulang, terus di angkat dan asingkan isi ayam dari air rebusan.
* Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk pembuatan kremesan

4. Satukan kesemua bahan C (kecuali baking powder) dalam bekas yang lain dan sebatikan.
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Apabila minyak sudah panas, baru masukkan baking powder kedalam adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
7. Celup ayam kedalam adunan tepung dan goreng. Buat satu persatu.
8. Goreng pula jangan terlalu lama kerana isi ayam sudah sedia masak. Hanya sekadar nak menggaringkan tepung dibahagian luar sudah mencukupi dan boleh diangkat kedalam penapis yang dilapik dengan tisu penyerap minyak. Angkat juga kremesan dari gorengan ayam.
9. Tabur dengan kremesan semasa dihidangkan.

KREMESAN YANG RANGGUP


Bahan A
Menggunakan baki tepung goreng ayam diatas
Tambahkan sedikit air lagi supaya adunan tepung lebih cair.
(Untuk ayam adunan lebih pekat sebab kita mahukan supaya ia bersalut cantik pada ayam. Tetapi untuk kremesan boleh cair sedikit)

Langkah Langkah Menggoreng
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Pastikan minyak sudah benar-benar panas....
Kacau-kacau adunan menggunakan telapak tangan dan ambil adunan dengan tangan dan masukkan ia kedalam kuali. Dan dengan bantuan jari jurai-juraikan ia sambil gerakan tangan secara berputar.

* Jarak tangan dari atas minyak lebih kurang 20-25cm sewaktu proses 'mengurai'
*Ulang 3-4 genggam untuk setiap kali menggoreng. Jika terlalu banyak/penuh takut nanti ia akan melekat antara-satu sama lain. Walau bagaimana pon ia bergantung kepada saiz kuali.
3. Adunan akan menyebar memenuhi kuali saperti berikut


4. Biarkan ia sedikit mengeras sebelum angkat hujungnya dan terus lipat 2 atau 4 (terpulang).
Jangan sekali-kali mengacau atau 'menguis' selagi ia belum mengeras kerana akan menyebabkan ia melekat antara satu sama lain dan tidak akan 'bersarang'.


5. Setelah melipat, perlahan kan api sedikit supaya ia masak dengan sekata.
6. Goreng sehingga warna keperangan dan agak-agak dah masak boleh lah diangkat.
7. Letakkan ia dalam penapis yang berasalaskan kertas serap minyak.
* Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan kedalam bekas yang bertutup untuk tahan lebih lama.

8. Besarkan sedikit api dan PASTIKAN minyak betul-betul panas, dan ulang langkah 2 sehingga habis adunan.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.