A

A

BIHUN GORENG YUNAN ... Sedap dan Memikat Selera !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini saya sediakan BIHUN GORENG YUNAN sebagai sarapan pagi
Plan asal nak masak untuk minum petang hari sebelum nya
Tapi terpaksa ditunda ke hari ini

Bihun ini ada iras-iras bihun goreng Cina tetapi sedikit kelainan dari segi rasa.
Dah nama pon Yunan, tentu penggunaan bawang putih menjadi keutamaan dalam masakan ini
Video penyediaan bihun ini boleh di intai di Instagram 'fhaselemaksantan'...ya

Resepi ini untuk 2 orang makan
Tapi bila dah rasa memang tak cukup !!!
Sepatut nya saya buat lebih tadi
heheh .......

Jomm..


Untuk 2 orang makan

Bahan A
1/4 paket bihun (direndam 1/2 jam dan ditoskan air nya)
1/2 mangkuk besar taugeh

Bahan B
Sedikit minyak untuk menggoreng
12  ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris tebal)
2 keping cendawan telinga gajah (direndam 1/2 jam atau lebih dalam air panas mendidih supaya kembang. Kemudian hiris sederhana tebal)
3/4 mangkuk udang kertas kecil
1 mangkuk kecil sayur campur (karet & Kacang Peas)
1 mangkuk kecil hirisan kubis
1 camca kecil lada hitam (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih (ditumbuk)
Sedikit air (anggaran 1 mangkuk kecil)
1/3 kiub pati ikan bilis
sedikit garam
2 biji telur ayam
Minyak Bijan

Bahan C
Cili Padi
Daun Bawang
Bawang Goreng
Limau nipis


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak nya.
2. Dengan menggunakan minyak goreng bawang putih, tumis bawang besar sehingga layu.
3. Masukkan cendawan, udang dan sayur campur. Goreng sekejap.
4. Masukkan lada hitam/putih, garam, pati ikan bilis, sayur kubis dan sedikit air.
6. Bila kuah mendidih masukkan bihun dan ratakan 'ala-kadar saja' (untuk mengelakkan bihun putus). Tutup tudung kuali dan perlahan kan api. Supaya bihun masak sempurna dengan wap yang terperangkap.
7. Dengan menggunakan 2 garfu (tips mengelakkan  bihun patah dan hancur) ratakan bihun sekali lagi.
8. Tolak bihun ke tepi kuali kemudian pecah kan telur dan kacau telur hingga mengeras.
9. Masukkan taugeh dan renjis dengan minyak bijan. Kemudian baru ratakan semua  sekali lagi mengunakan garfu.
10.  Tabur dengan bahan C dan bawang putih yang telah di goreng tadi.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.