Sila Click sini ya... Terima Kasih !

CURRY IKAN KELI 'BUNGA KANTAN' ... Yummy. Tambah nasi lagi !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini saya sediakan CURRY IKAN KELI 'BUNGA KANTAN'
Kari yang beraroma Bunga Kantan dan Daun Kesom memang sedap

Tapi masak periuk kecil sahaja untuk 2 orang makan.
Masak sikit-sikit habis esok boleh masak lauk yang lain pulak

Jom..

Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
5 ulas bawang merah (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 camca besar halba campur

Bahan B 
1 paket rempah kari ikan
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 camca teh lada putih (ditumbuk)
1 camca teh lada hitam
asam jawa sebesar 1 1/2 ibu jari  (jus 3 kali perahan)
sedikit garam

Bahan C
3 ekor ikan semilang/keli (Ambil bahagian badan sahaja. Ekor dan Kepala kurang sesuai kerana mudah hancur. Jadi kita goreng kunyit bahagian ini)
1 cawan santan cair

Bahan D
sedikit daun kesom
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
1 biji tomato segar (dibelah 2)
1 biji cili hijau (dibelah 2 jangan sampai putus dan dibuang biji nya atau di patah kan 2)
4 helai daun bawang (dikerat sepanjang ~ 2 inci)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bawang layu, terbit aroma dan bertukar hampir keperangan.
2. Masukkan bahan B, besar kan api dan biar sehingga rempah mendidih.
3. Kecilkan api dan teruskan memasak dengan api yang perlahan sehingga rempah menjadi pekat dan terbit minyak yang banyak.
 Pastikan ia kerap di kacau supaya rempah tidak hangit dan berkerak.
4. Masukkan santan dan sebatikan dengan rempah.
5. Apabila nampak kuah mula mendidih masukkan ikan, dan semua bahan D dan kecilkan api.
6. Biar sampai kuah mula mendidih semula boleh lah terus diangkat untuk dihidangkan.

Elak dari membiarkan kari mendidih terlalu lama.

* Selamat menjamu selera ...

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.