Sila Click sini ya... Terima Kasih !

KEREPEK KELEDEK MANIS ...Mudah, Sedap dan Ranggup !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Semalam saya sediakan KEREPEK KELEDEK MANIS sebagai jajan di waktu petang.
Memang sedap !
Ranggup sangat-sangat...
Tak perasan..sekejap saja habis.

Perancangan awal keledek tu nak buat goreng-goreng biasa saja.
Tapi bertukar disaat-saat akhir apabila teringat emping yang pernah saya buat tak berapa lama dulu disini EMPING KELEDEK RANGGUP .

Tapi kali ini saya buat cara mudah.
Goreng sampai RANGGUP kemudian gaulkan dengan sedikit gula kastor.
SEDAP !!!
Semua orang boleh sediakan.. mudah dan cepat.

Kebetulan pula keledek yang saya beli ini ubi nya terasa manis
Kalau tak letak gula pon OK.
Tapi memang saya sengaja tambahkan dengan sedikit gula.


Bahan A
Ubi Keledek secukup nya (saya guna 3 biji ubi keledek yang berkulit unggu. Rasa ubi nya manis)
Air Kapur 'Makan'
Gula Kastor
Minyak untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ubi keledek dikupas kulit dan direndam dalam bekas yang berisi air untuk mengelakkan ubi nya menjadi hitam. Kemudian nya dibasuh bersih.
2. Sediakan bekas yang berisi air biasa dan campurkan sedikit air kapur anggaran 4 camca besar.
Tujuan nya adalah untuk menjadikan kerepek kurang menyerap minyak dan lebih ranggup.
3. Sagat ubi keledek menggunakan 'penyagat' kepada kepingan-kepingan yang nipis kedalam bekas air ini.

4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana.
5. Goreng ubi sedikit-sedikit anggaran 3/4 penuh kuali untuk  memastikan ia tak melekat antara satu dengan yang lain.
6. Ubi sentiasa dikacau selalu supaya ia masak dengan sekata dan apabila kelihatan bertukar warna, terus perlahankan api untuk mengelakkan ia cepat hanggit.
7. Angkat dan toskan atas tisu serap minyak.
8. Goreng sehingga habis.

9. Tabur dengan gula kastor dan ratakan.
10. Siap untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

2 comments:

Powered by Blogger.