A

A

LEEK SUP DAGING 'MUDAH' ... Tapi tetap sedap dan manis !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Beberapa hari lalu saya dah post resepi  LEEK, ONION AND POTATO SOUP DI SINI dengan citarasa Omputih.

Hari ini kita tengok pula versi Melayu
Versi cara kita
Dua dua sedap Omputih dan Melayu

Jomm...

Bahan A
300 gram daging (dihiris sederhana tebal)
6-8 batang sayur leek (dibuang kulit dan daun yang keras dan dipotong sepanjang 1 inci)
1/2 kiub pati daging
1/2 mangkuk hirisan daun sup
Air secukup nya sebagai kuah
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
10 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia (dihiris tebal)

Bahan C
2 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris tebal)
1 camca besar rempah sup
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 camca teh lada putih (ditumbuk halus)
Sedikit air

Bahan D
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Cili Padi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga bawang putih bertukar keperangan dan terbit aroma.
2. Masukkan bawang besar, goreng sehingga layu dan terus masukan bahan C yang lain. Masak dalam 5-7 minit untuk menghilangkan bau rempah.
3. Masukkan daging dan air secukup nya sebagai kuah. Rebus sehingga daging empuk. Jika air kurang boleh ditambah lagi.
4. Masukkan leek dan perasakan dengan pati daging dan garam.
5. 5 minit sebelum angkat, masukkan hirisan daun sup.
* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.