A

A

SUP TULANG SPECIAL ... Pekat, SEDAP dan terus terpikat !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

3 hari tak keudara terasa rindu sangat dengan blog kesayangan ini.
Bukan nya apa,
Sibuk sedikit,
Tengah semangat 'explore sesuatu yang baru'

Mungkin ada yang telah dan lebih arif
Tapi bagi saya, ini sesuatu yang baru
Maklum dulu tak bersekempatan walaupon kerjaya saya sebelum ini sepenuh masa mengurus pembinaan sistem aplikasi pengkomputeran.

Ibarat doktor pergigian dan perubatan biasa
Walaupon kedua-dua nya berjawatan doktor tetapi bidang berbeza-beza.

Berbalik kepada bidang fotography, ia memang amat luas
Masih banyak yang perlu di timba dan digali.
Walau bagaimana pon cuba mempelbagaikan untuk mencari ilmu yang baru

Jomm... kalau sudi boleh singgah di instagram saya 'fhaselemaksantan' untuk mengaccess VIDEO masa-memasak saya yang simple-dimple....

Perancangan untuk attachkan ia dalam blog memang ada tetapi saya perlu berhati-hati
Pernah terjadi, bila saya link VIDEO luar menyebabkan blog saya sukar diaccess.

Jadi saya perlu study dulu bagaimana untuk attachkan ia dengan selamat.

Jom hari ini saya sediakan SUP TULANG SPECIAL ... Pekat, SEDAP dan terus terpikat  !!!
Sedap makan dengan roti bakar dan juga nasi.


Bahan A
400 gram tulang lembu

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
1 labu bawang putih (~12 ulas) (dihiris nipis/dicincang)
1 inci halia (dihiris tebal)
2 kuntm bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga

Bahan C
2 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
1 camca besar rempah sup
1 camca kecil lada hitam (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk lebam)

Bahan D
Air secukup nya sebagai kuah
1 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)

Bahan E
1 batang lobak merah (dipotong tebal)
2 biji ubi kentang (dibelah 4)
1 biji tomato (dibelah 2)
8 biji cili padi hijau (dibiar sebiji sebiji)
8 biji cili padi merah  (dibiar sebiji sebiji)
1/2 kiub pati lembu
sedikit garam

Bahan F
1 mangkuk kecil hirisan daun sup
1 mangkuk kecil hirisan daun bawang
1 mangkuk kecil bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga bawang putih bertukar keperangan.
2. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
3. Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hilang bau rempah. * Boleh tambah sedikit air jika ia kering.
4. Masukkan air, daun pandan dan tulang. Rebus sehingga daging pada tulang empok.
* Tambahkan air jika kuah mula susut dan daging masih liat.
5. Apabila daging sudah empuk, terus tambahkan air lagi jika berkurangan dan masukkan bahan E.
Masak sehingga ubi kentang empuk.
6. 5 minit sebelum angkat, taburkan dengan separuh bahan F.

* Tabur lagi dengan bahan F sebelum makan.

* FHA Selemak Santan

6 comments:

  1. Wahh, sedapnya. nanti raya haji bolehlah cuba resepi awak. Blog saya http://cararesepi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak sup tulang. lama dah tak buat ;)

    ReplyDelete
  3. Akak, i was looking around for resepi Nasi Goreng untuk buka puasa. Tetiba ended up here. Your blog is one of the best of all the places i tengok. Clear instructions, accessible ingredients, beautiful pictures. I hope you'll keep on doing this because it really helps people like me who's looking for recipes yang pernah kita makan macam mak-mak kita dulu tapi tak tau nak tanya dengan siapa. Lagi satu skak still active update, sebab tu saya suka. Akak, keep up the good work.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.