A

A

KWETIAU KUNGFU 'My Stail' .... sebagai juadah berbuka


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Alhamdulillah...
Semalam saya sediakan KWETIAU KUNGFU untuk berbuka 'puasa bulan Rejab'.
Juadah ini memang amat digemari keluarga saya dan saya memang dah pasti !!!!

Dulu semasa masih berkhidmat, kerap juga saya makan kwetiau lebih kurang sebegini di Kantin Tabung Haji.
Jarang terlepas..malah sentiasa tertunggu tungu
Biasa nya disediakan sebagai sarapan pagi.

Tak boleh lambat, selalu saja habis ...

Jomm tengok mpenyediaan kwetiau ini dengan stail saya..
Saya tak sediakan juadah lain cuma ini dah mencukupi.
Jadi kena sediakan lebih special sedikit


video


KUAH KUNGFU



Bahan A (diperap 1/2 jam)
12 ekor udang bersaiz sederhana
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 ketul dada ayam (dipotong kecil)
3/4 mangkuk kecil hirisan daun sup
3-4 cili padi
1 ketul fish cake
12 bebola ikan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/3 kiub pati ayam
Sedikit garam
Air secukup nya sebagai kuah
1 camca besar tepung jagung + 3/4 cawan air

Bahan C
Jagung Muda
Kubis Bunga Hijau
Kubis Bunga Putih
Sedikit Lobak merah

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga bertukar warna keemasan.
3. Masukkan isi ayam dan goreng lagi sehingga isi ayam seakan hampir garing
4. Masukkan daun sup dan cili padi. Goreng sehingga daun sup 'benar-benar kecut' untuk menaikkan aroma. (Ini rahsia menjadikan kuah lagi SEDAP !!!).
5.Masukkan Fish ball dan Fish cake. Goreng biar lama sedikit supaya ia masak elok. Kemudian terus masukkan air secukupnya.
6.Masukkan garam, kiub ayam dan lada hitam. Masak sehingga kuah mendidih.
7. Masukkan semua sayuran (dahulukan yang berubi) dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
8. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah) dan  ratakan. Biarkan sebentar dan boleh diangkat untuk dihidangkan.


KWETIAU



Bahan A
Minyak secukupnya untuk menggoreng
1/2 paket kwetiau
2 camca besar tepung jagung
2 biji telur (dikocak)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Kocak telur sehingga rata dan bahagikan kepada 2 bahagian (kerana kita akan goreng sedikit sedikit)
2. Bahagikan kwetiau juga tetapi kepada 4 bahagian (untuk 4 orang)
3. Ambil 1 bahagian kwetiau dan gaul dengan tepung jagung, kemudian gaulkan pula dengan telur dan terus goreng.
4. Balikkan setelah pasti kwetiau telah bertukar menjadi warna keemasan.
5. Apabila kedua dua belah telah masak bolehlaah diangkat dan toskan atas tisu serap minyak.


1 comment:

Powered by Blogger.