Nuffnang

MINI MURTABAK SAMBAL TOTOK ... Iftar hari ke-3 Ramadhan 2017


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua .....

Menu iftar hari ke 3, saya sediakan MINI MURTABAK SAMBAL TOTOK
Yaaa...
Masih menggunakan SAMBAL TOTOK dalam masakan saya...



Bahan A
Spring Roll Pastry aka Kulit Popia

Bahan B
Minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 mangkuk kecil hirisan daging
Minyak sapi 'Ghee Blend' untuk memasak murtabak

Bahan C
4 biji telur ayam
2 biji bawang besar 'biasa/india' (dibelah 8 dan dihiris)
3 mangkuk hirisan sayur kubis
1 mangkuk hirisan daun sup
1/2 mangkuk hirisan daun bawang
2 camca besar SAMBAL TOTOK WARISAN IBUNDA
1 camca besar tepung gandum (untuk memekatkan)
sedikit garam

Nota: * Mangkuk yang digunakan adalah mangkuk kecil yang biasa digunakan untuk mengisi 'sup nasi ayam'


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan C dalam mangkuk besar kecuali Kubis.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan goreng sehingga air daging mengering.
4. Tuang kedalam adunan inti '1' diatas dan ratakan.

5. Panaskan kuali leper / non stick pon boleh. Letakkan sedikit minyak sapi
6. Ambil sekeping 'spring roll' dan letakkan dalam pinggan leper atau boleh juga guna tudung periuk.
    Pastikan baki 'spring roll' ditutup dengan kain lembab untuk mengelakkan ia mengering.

* Saya campurkan hirisan kubis kedalam bancuhan inti sedikit sedikit untuk mengelakkan air kubis keluar jika dicampurkan terlalu awal. 
7. Ambil anggaran 2 camca besar adunan inti dan campurkan sejemput hirisan kubis dan ratakan
8. Letakkan 1 camca besar inti ditengah tengah spring roll' 

*Jika inti sedikit berair tidak menjadi masalah kerana ia akan bersatu bersama sayuran lain apabila masak.
9. Calitkkan sedikit cairan inti pada keliling spring roll untuk melekatkan nya semasak melipat.
10. Lipat dan terus alihkan kedalam kuali leper. Pastikan bahagian lipatan berada dibawah ketika pertama memasak.
11. Alihkan jika pasti telah bertukar keperangan.

* Sedap makan panas-panas semasa berbuka.




No comments:

Powered by Blogger.