A

A

AYAM GORENG BEREMPAH ..Sedap dan amat beraroma



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Salam Jumaat
Hampir seminggu tak Online ya...
Tak kemana pon cuma tak ada mood nak menaip

OK hari ini saya share resepi AYAM GORENG BEREMPAH yang saya pelajari dari anak saudara yang makin hari makin rajin dan sedap masakan nya.

2 hari sebelum itu beliau hantarkan sepinggan AYAM GORENG BEREMPAH ini yang penuh dengan rempah ratus yang harum dan ranggup serdak nya.
Isi ayam nya pula lembut didalam....
Itu yang semangat nak menyediakan nya semalam ni



Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
2 helai daun pandan (disiat dan disimpul)
4 helai daun salam segar
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
sedikit garam
sedikit gula
4-5 tangkai daun kari

Bahan B (ditumbuk halus)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit hidup
1 biji buah keras
5 batang serai (dipotong 1/2 inci. Jika terlalu panjang rempah ratus gorengan akan menjadi sedikit kasar)

Bahan C (disangai dan ditumbuk halus)
1 camca besar biji ketumbar
3/4 camca besar jintan manis
3/4 camca besar jintan putih

* Bahan -bahan diatas tak digalakkan untuk dikisar kerana serdak rempah terhasil tidak menarik kejadian nya.


video


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A (kecuali daun kari), bahan B dan C kedalam periuk. Masukkan sedikit air anggaran ayam 3/4 tenggelam.
2. Tutup periuk dan rebus dengan api sederhana sehingga ayam 3/4 masak.
3. Angkat dan asingkan ayam dari rempah rebusan.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sekadar melengkapkan masakan (ayam sudah 3/4 masak).
5. Angkat dan toskan minyak.

6.  Dengan minyak yang sama, kaup rempah rebusan dan goreng dengan api yang sederhana.
* Jangan lupa masukkan daun kari pada peringkat ini..
7. Apabila hampir keperangan terus perlahankan api dan terus menggoreng hingga ia menjadi kuning keemasan dan ranggup.
8. Kaup dan toskan minyak nya.
9. Tuang ke atas ayam yang telah digoreng tadi.



No comments:

Powered by Blogger.