Sila Click sini ya... Terima Kasih !

KETAYAP PEDAS ... lembut dengan inti pedas yang sedap



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

KETAYAP PEDAS ...
Ketayap yang berkulit lembut dengan inti pedas ini saya sediakan sebagai sarapan pagi beberapa hari lalu.

Untuk kali ini saya kekurangan daun sup dan daun bawang.
Sedang masak, baru perasan ! Aduhh !!!!
Tapi nasib ada baki sikiiiit !

OK lah dari tak ada langsung kan
Tapi kalau letak lebih, lagi bertambah sedap inti ni.

Walaubagaimana pon habis licin juga lah..
Sebab ada aroma dan rasa sikit pon jadi lah.


* Saya sediakan inti terlebih dahulu. Kulit  nya kemudian supaya sebaik kulit siap dimasak setiap satu saya terus gulung panas-panas.


INTI PEDAS

Bahan A
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih (cincang)
1 mangkuk kecil hirisan daun sup
1 mangkuk kecil hirisan daun bawang
20-25 ekor udang sederhana (dibuang kulit dan di potong 2 atau 3 mengikut saiz)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk)
1/4 kiub pati ayam
sedikit air
garam

2 biji telur
1 biji bawang besar (belah 8 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji cili merah (dihiris)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sekejap. Agak ubi 3/4 empuk, angkat dan toskan air nya.

2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Tumis bawang putih sehingga keperangan.
4. Masukkan 1/3 hirisan daun bawang dan 1/3 hirisan daun sup. Goreng sehingga kecut.
5, Masukkan udang dan kunyit, kacau sebentar. Agak sedikit kering masukkan sedikit air.
6. Perasakan dengan kiub ayam, lada hitam dan putih dan sedikit garam. Kacau rata.
7. Masukkan ubi yang telah direbus 3/4 masak. Ratakan,  tutup kuali dan perlahankan api. Biar ubi masak sempurna dengan bahan tumisan tadi.
8. Agak-agak 5 minit, masukkan bawang besar, cili merah, baki daun bawang dan daun sup.
* Part ini saya tak masukkan daun bawang/sup sebab tak ada lagi.
9. Ratakan dan tolak ke tepi kuali.
10. Pecahkan telur dan carik-carikkan ia hingga 3/4 beku. Kemudian satukan telur bersama inti tadi.
11. Siap untuk digulung.

Boleh juga view VIDEO dalam intagram saya  Menyediakan Inti KETAYAP PEDAS

video


UNTUK KULIT

Bahan C
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
2 biji telur gred B
1 camca besar santan pekat KARA
1 camca besar minyak masak
1/2 camca teh serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan D
sedikit minyak masak
2 helai daun pandan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan C dalam alat pengisar dan kisar hingga semua adun dengan sempurna.

2. Panaskan kuali dengan api perlahan.
3. Leserkan sedikit minyak pada dasar kuali menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak bertakung dalam kuali.
4. Dengan menggunakan senduk kecil, senduk adunan tepung ke tengah kuali dan lenggang kuali supaya tepung melekat pada permukaan kuali sama rata. Pastikan kulit jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
5. Biarkan sebentar sehingga masak yang mana dengan sendiri nya bahagian tepi kulit akan lekang dari kuali.
6. Apabila agak bahagian bawah sudah sedikit keperangan bolehlah diangkat. Kulit tidakk perlu diterbalikkan.

Cara-Cara Menggulung

1. Pastikan bahagian kulit yang keperangan menhala ke bawah saperi ketika memasak tadi.
2. Letakkan 1/2 camca besar inti dipenjuru bawah kulit dan gulung sedikit kulit menghala keatas.
3. Kelepekkan kulit dikanan dan kiri dan terus gulung sehingga habis.
4. Letak dalam piring hidang.




No comments:

Powered by Blogger.