Sila Click sini ya... Terima Kasih !

MEE HOON GORENG TOMYAM LEMBAP ...lembut tapi tak hancur atau putus


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Menu petang semalam 
MEE HOON GORENG TOMYAM LEMBAP

Bahan perencah untuk mee hoon kali ini saya pelajari dari rakan sekerja sewaktu berkhidmat dahulu.
Saya gabungkan dengan cara saya dan hasil nya  tara.....

Rakan saya ini boleh dikatakan kerap juga bawa mee hoon Tomyam versi beliau kepejabat. Terutama kalau ada jamuan PotLuck.
Bihun nya aduhhh !! Kecur kalau teringat !!!

Itu yang saya gabungkan untuk goreng mee hoon goreng kali ini.

Cara menggoreng pulak, saya lebih suka menggunakan garfu untuk meratakan bahan-bahan nya supaya tidak putus. Kalau masak banyak susah juga ni hehehe...
Tapi ini bergantung juga, jika kita menggunakan air yang berlebihan memang sah-sah akan hancur/putus juga  Jadi air tu kena pandai-pandai agak lah.
Dan lagi satu jangan terlalu kerap dikacau atau diratakan....


Saya sertakan VIDEO dibawah ini atau boleh layari IG saya FHAselemak santan

Tapi harap maklum ....
95% video berjaya dirakam, tapi 5% missing.😔  .. atas sebab masalah teknikal.
Tapi tak mengapa boleh rujuk langkah 10-15 saperti yang tercatat dibawah ....

video

Bahan A
3/4 paket Mee Hoon / Bihun (direndam dalam air biasa selama 1/2 jam dan di toskan airnya)

Bahan B
Sedikit Minyak untuk menumis
8 ulas Bawang Putih (dihiris)
1 biji Bawang Besar (dibelah 4 dan dihiris)
1 senduk kecil Cili Kering Kisar
3 batang serai (diketuk)
1/4 ekor ayam
1/2 mangkuk kecil hirisan Daun Sup
1/2 mangkuk kecil hirisan Daun Bawang
Air secukup nya (Tak perlu banyak sekadar untuk melembutkan dan melembap kan mee hoon saja)
5 camca besar Cuka Makan
1 kiub Tomyam
1 1/2 camca besar Gula Putih
1 camca besar Sos Tiram
Sedikit garam

Bahan C
1 mangkuk kecil hirisan daun ketumbar
3 helai daun limau purut (dikoyak-koyak saja)
2 mangkuk kecil hirisan karot
8-10 biji cili padi (diketuk pecah/dihiris menyerong)
Segenggam bawang goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan bawang besar dan terus goreng sehingga layu juga.
3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak. Pastikan api perlahan kerana kita tidak menggunakan air tambahan.
4. Masukkan serai dan ketulan ayam. Kacau supaya bahan tumis berpalut pada ayam.
5. Perlahan api dan tutup tudung periuk. Masak agak-agak selama 5-7 minit.
6. Kacau ayam dan terus masak selama 7-10 minit tambahan.
7. Masukkan hirisan daun bawang dan sup. Ratakan.
8. Masukkan air secukup nya.
9. Masukkan Cuka, kiub tomyam, gula dan garam.
10. Biarkan Kuah mendidih semula.
11. Masukkan bihun dan rata dengan garfu sekadar Kuah melekat pada mee hoon saja. Terus tabur hirisan Karot, daun ketumbar , cili padi, daun limau purut dan bawang goreng.  * Tak perlu diratakan pada peringkat ini.
12. Terus tutup tudung kuali dan perlahan kan api sekecil yg boleh. Biar bihun masak dan lembut dengan perlahan dan sempurna. .. Selama 7-10 minutes atau sehingga lembut.
13. Buka tudung kuali dan ratakan sekali lagi dgn garfu dan Boleh angkat untuk dihidangkan.

.. Hasilnya bihun amat lembut tetapi tidak putus atau hancur !

1 comment:

  1. Assalamualaikum FHA
    Macam best jugak bihun ni, biasa dok goreng bodo ja
    boleh lah try yang macam ni nampak macam banyak songeh sikit kan
    tapi cornfirm sedap ni kan pedasss the best..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.