Sila Click sini ya... Terima Kasih !

ASAM PEDAS MELAKA 'PERIUK TANAH' ... Aduhh !!! Sedap nya. Lepas makan tadi, cepat-cepat minta resepi !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera !

Salam Jumaat semua .......

Hari ini sebelum sempat masuk dapur, anak saudara dah maklum yang beliau sedang masak ASAM PEDAS MELAKA.

Fuhh !! Pucuk dicita Ulam mendatang.
Memang sedap ni !!!!!!

Asam pedas memang kegemaran saya sejak dari kecil lagi.
Tapi dulu saya cuma tahu asam pedas rebus sahaja. Sebab emak kerap sediakan menu ini.
Pernah minta emak buatkan saya kuah yang lebih kerana saya memang suka sangat menghirup !
Tapi emak kata, kuah kena padan dengan ikan. Kalau lebih sangat tak ada rasa manis lagi.
Maklum dulu mana ada kiub-kiub bagai ni...
Tambahan pula emak memang tidak menggunakan perasa aji pon dalam semua masakan.
Cuma harapkan manis ikan dan bawang merah sahaja.

Bila dah besar ni baru tahu rupanya ada asam pedas sebegini tapi kuah nya lebih pekat.
Saya biasa sediakan Asam Pedas berkuah pekat. Tetapi yang disediakan oleh anak saudara ini bagi saya amat-amat sedap sangat.
Tambahan ia dimasak dalam periuk tanah.

Lepas makan tadi, cepat-cepat minta resepi ...
Nanti boleh masak sendiri...


Bahan A
1 kilo Ikan Pari
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
3 urat daun bawang (dipotong panjang ~ 2 inci)
3 biji tomato segar (dibelah 2)
4 biji timun kecil (dibelah 2)
8 biji bendi

Bahan B
Minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan manis (di sangai dan tumbuk)
1 sudu kecil jintan putih (di sangai dan tumbuk)
1 sudu kecil biji lada hitam (di tumbuk)

Bahan C (dikisar halus)
4 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1/2  inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai
sedikit air

Bahan D (dikisar halus)
15 biji cili padi
15 biji cili kering
Belacan

Bahan E
4 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan (di belah 2)
3 helai daun limau purut
3 helai daun salam (pengganti ajinamoto)
1 sudu kecil kerisik
Air Asam jawa
Gula
Garam
Air secukup nya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk tanah.
2. Tumis bahan B hingga terbit aroma.
3. Masukkan bahan C dan masak hingga sedikit kering.
4. Masukkan bahan D dan masak dengan api perlahan hingga pekat dan terbit minyak.
5. Masukkan bahan E dan Ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah mendidih.
6. Akhir sekali masukkan bahan A yang lain.
7. Biar seketika sehingga mendidih kembali sebelum diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.