Sila Click sini ya... Terima Kasih !

SAMBAL TEMPOYAK DAUN ...Mana boleh tahan tengok dapur jiran sebelah. Aduhh !!! Sedap nya !!!



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

3 hari lalu sempat jalan-jalan ke rumah Amie. Bila dah mai jauh ni tak nak lepaskan peluang jenguk-jenguk ke dapur..
emm  Sambal Tempoyak Daun .. patut semerbak bau  ! Kecur tengok !

Rancang nak masak bila-bila nanti, mungkin minggu depan..
Kebetulan anak saudara ke Kuala Lumpur 2 hari lalu, plan nak minta tolong belikan tempoyak yang ada dijual di Bukit Gantang bila dalam perjalanan balik nanti.

Tapi semalam bila ke pasar tani Penanti, terperasan ada tempoyak disitu.
Tak lepas peluang..
Apalagi terus tinjau-tinjau sayur daun Pucuk Ubi, Pucuk Labu, Udang, Petai dan Cili Padi.
Akhir nya terpaksa beli Sayur Turi. sebagai ganti Pucuk Labu.

Balik saja,  terus kedapur.
Bersilat 'bagai' siapkan bahan-bahan
Dek nak cepat dan tak sabar nak makan, hirisan daun-daun hijau, saya TER' hiris sedikit kasar .
Udang pulak saya cuma bersihkan pasir di kepala dan badan saja. Sayang pula nak tanggalkan kulit nya.
hehehe ..

Tapi rasa nya tetap umphh !! Walaupon tak secantik Sambal Amie.
Tak apa nanti In Sya ALLAH boleh buat lagi sampai puas hati

Amie, saya paste resepi di sini. Terima Kasih ya ......

Jommm kita ke dapur.
Aduhhh !!! Sedap nya


Bahan A
10 tangkai pucuk ubi – asingkan tangkainya
5 helai daun kunyit
5 tangkai pucuk labu – ambil daunnya *Saya gantikan dengan Daun Turi
3 helai daun cekur
1 cawan isi petai
1 cawan isi udang segar
4 sudu besar tempoyak
700 ml santan dari sebiji kelapa
1 keping asam gelugur
Gula secukup rasa
Garam
1 kiub pati Ikan bilis * Saya tambah

Bahan B (ditumbuk / kisar):
30 biji cili padi kampung
5 batang serai – hiris nipis
2 cm kunyit hidup

Cara-Cara Menyediakan nya
1.  Daun ubi, daun kunyit, daun labu(turi) dan daun cekur dimayang halus.  Kemudian ramas-ramas sedikit dan cuci bersih. Toskan.
2. Jerang santan dalam kuali. Masukkan semua bahan tumbuk, tempoyak dan asam gelugur.
3. Kacau sekali-sekala dan apabila kuah mulai pekat, masukkan kesemua bahan hirisan. Gaul rata.
4. Masukkan petai dan udang.
5. Apabila petai dan udang telah berubah warna, tambahkan garam,kiub bilis dan gula secukup rasa.
6. Padamkan api dapur.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.