CUCUR BADAK ....Dengan Inti yang awaresome sedap ! lemak, manis, pedas, beraroma dan terasa ditambah kulit yang lembut. Memang giler makan !. Patut digandakan adunan ini. Jom tonton YOUTUBE !




Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Selera nak makan CUCUR BADAK tetiba ja terbit , pabila terpandang posting dari Malina di sini Teratak Mutiara Kasih.
Terus plan nak masak cucur kegemaran saya ini.

Untuk menyediakan kuih ini, keledek Jepun memang kurang sesuai kerana ubi nya yang sedikit keras berbanding keledek oren atau keledek kuning yang biasa. Tapi nak dapat keledek kuning memang agak susah berbanding oren
Jadi saya pliih keledek oren dan hasil ya memang marvelous..Kena pula inti yang sedap dan sedikit lembab ....memang tak cukup  ! marvelous.! marvelous.! marvelous.!


Dalam penyediaan kulit pula, pastikan tepung yang digunakan adalah dalam kuantiti yang sederhana. Jika terlalu banyak, hasil texture kulit kuih ini kurang sedap kerana tidak terasa ke ubian nya.
Tapi bagaimana kalau kita menggunakan ubi oren yang kita ketahui memang akan menyerap lebih air menjadikan  ia sukar untuk dibentuk.
Jangan risau....
Pastikan kita basahkan jari jemari kita dengan sedikit minyak semasa proses meng 'inti' kan kuih ini.
Elakkan menggunakan tepung ya....

Dalam penyediaan inti pula, semesti nya kita menggunakan kelapa putih, tapi pastikan bukan dari kelapa tua kerana isi nya akan menjadikan inti kuih kering, walaupon ditambahkan sedikit air supaya ia lembab, ia amat berbeza sekali dengan inti dari kelapa biasa (yang sedang-sedang, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda)

Yang penting, jangan  kedekut serai dan juga gula. Kerana inti yang manis dengan aroma serai dan sedikit rasa jintan manis. Adusss !!! Terliur saya yang sedang menaip ini.

OK..
Masih semangat untuk akak sediakan video penyediaan nya.
Moga lebih jelas ya !

Jom tonton YOUTUBE !

Jangan lupa tau........SUBSCRIBE YOUTUBE  dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !




Bahan A
1 Kilo ubi keledek oren (berat selepas direbus dan dibuang kulit).
300 gram tepung gandum
sedikit garam

Bahan B (ditumbuk halus)
4 batang serai yang bersaiz besar(Diambil hingga 4 inci dari pangkal bawah dan dihiris)
1 camca teh jintan manis
1 camca besar 'penuh' udang kering
6 ulas bawang merah
8 biji cili padi merah (sesuaikan kepedasan yang disukai)
1/2 inci kunyit hidup atau sedikit kunyit serbuk

Bahan C
150 gram kelapa parut putih
70 gram gula putih (ikut kemanisan yang di sukai)
20-25 ekor udang hidup 'kecil' (dibuang kulit) * Saya terlupa nak masukkan kali ini
sedikit garam

Bahan D (satukan dan pastikan bancuhan pekat)
1 camca besar tepung gandum
sedikit air

Bahan E
Minyak untuk goreng tenggelam
Sedikit minyak untuk proses meng inti'
20 ekor udang hidup (dibuang kepala sahaja)

Cara-Cara Menyediakan inti
1. Satukan kesemua bahan B dan C didalam kuali, digaul sehingga rata dengan api yang perlahan selama 10-12 minit sahaja.
Agak-agak kelapa dah panas boleh lah diangkat. Jangan terlalu lama atas api dan pastikan jangan di tambah air.

Cara-Cara Menyediakan kulit
1. Rebus ubi sehingga lembut, ditoskan air nya dan dikupas kulit.
2. Lenyek/tumbuk ubi sehingga hancur dan masukkan garam dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sehingga rata.
Jika rasa terlalu lembik boleh lah ditambahkan sedikit lagi tepung tetapi jangan terlalu banyak kerana kita tidak mahu kulit  menjadi sedikit keras.

Cara-Cara Menyediakan Cucur
1. Basahkan hujung jari dengan sediki minyak.
2. Jemput adunan ubi anggaran 45 gram. Bulat-bulatkan ia kemudian leperkan dan memasukkan inti anggaran 1 camca teh 'penuh'.
3. Tutup inti dengan kemas supaya tidak bocor semasa menggoreng.
4. Ambil secalit bancuhan tepung dan palit pada cucur. Ambi seekor udang, letak diatas palitan tepung cucurc dan tekan sedikituntuk melekat kan ia pada kuih.
5. Buat sehingga habis.
66. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur. Pastikan masak sebelum dibalikkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.