KWETIAU LADNA ... Sedap ! ulang makan sampai habis.. Jom tonton YOUTUBE !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................

Salam Jumaat

Makan tengahhari, minum petang juga untuk makan malam
KWETIAU LADNA
....yang saya tak pernah jemu-jemu

Semasa dalam perkhidmatan dulu, saya selalu jamu selera di kantin Tabung Haji di Jalan Tun Razak.
Satu hari dalam seminggu akan disediakan menu ini sebagai sarapan pagi

Kalau ada memang saya tak lepas.
Kadang tu bila lewat ke Kantin, kawan yang selesai menjamu selera, siap akan maklumkan kepada saya akan menu ini jika ada.
Maklum mereka semua dah tahu yang saya ni 'hantu' KWETIAU LADNA' mahu pon KWETIAU KUNFU'

Dalam penyediaan kuah Kwetiau Ladna, saya masih menggunakan resepi yang sama. Biasa lah bila dah ngam dengan rasa kuah, rasa macam tak nak mengubah ke resepi yang lain, bimbang kurang menjadi dengan selera saya dan keluarga.

Perbezaan kuah ladna ini berbanding dengan resepi lain adalah saya menggunakan hirisan daun sup dan bawang putih yang agak banyak untuk menerbitkan rasa yang sedap dan beraroma apabila digoreng sehingga benar-benar layu dan kecut.

Tidak menggunakan bawang merah dalam resepi ini ya .............


Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best! 

Jangan lupa ya, jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan  dengan video-video masakan yang lain !



Bahan A
1 bungkus kwetiau
Kicap lemak manis 'Kipas Udang'
Kicap lemak masin 'Kipas Udang'

Bahan B
sedikit minyak
10 ulas bawang putih (dicincang/tumbuk halus)
1 mangkuk kecil hirisan daun sup

Bahan C
1 mangkuk kecil isi ayam (boleh juga dimasukkan ketulan ayam bersama tulang)
1 mangkuk kecil udang
4-5 ekor sotong
kek ikan (* jika ada)
bebola ikan (* jika ada)

Bahan D
Air secukup nya sebagai kuah
1/2 camca teh serbuk lada hitam

Bahan E
Lobak merah
Kubis Bunga
Brokolli
Jagung Muda

Bahan F
1/2 kiub pati ayam
Sedikit garam
1 - 1 1/2 camca besar tepung jagung (*) + 3/4 cawan air
2 biji telur ayam (dikocak)
* Bergantung kepada brand. Ada yang dlm kuantiti sedikit, sudah pon pekat.

Bahan G
Cili padi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan kuali dengan api perlahan (Tidak menggunakan minyak). Masukkan kwetiau, kicap manis dan kicap masin, ratakan selama 5 minit dan angkat. 

2. Didalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga keperangan.
3. Masukkan hirisan daun sup dan terus mengacau sehingga ia betul-betul kecut untuk menerbitkan  aroma.
4. Masukkan kesemua bahan C dan kacau sebentar.
5. Masukkan bahan D dan masak sehingga kuah menggelegak.
6. Masukkan sayur yang berubi dan masak sehingga 1/2 empuk,  baru dimasukkan sayur an lain (bahan E), garam dan perasa ayam. Biar sehingga kuah kembali mendidih.
7. Curahkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sebentar supaya kuah hampir mendidih.
8. Akhir sekali curahkan telur dan sebatikan secara perlahan. Biar kuah hampir mendidih semula dan boleh angkat untuk dihidangkan.

* Sedap makan dengan cili padi

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. Lepas tengok video terasa lapar....

    ReplyDelete
  2. sedapnya...
    nak cuba insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dengan kwetiau Landna atau Kungfu memang sukar nak dipisahkan. hehehe

      Delete

Powered by Blogger.