Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ...
Selamat berhujung minggu semua ...
Niiii
Nak habaq mai
Blog 'FHA Selemak Santan' dah di upgrade !
Tambah kemudahan untuk sahabat-sahabat semua meng access YOUTUBE saya melalui 2 pintu dalam blog ni pulak.
Sikit ja pon.
hik hik hik !!!
Walau sikit... tapi nak juga riuh sekampung !!
Tapi kalau nak access direct melalui pencarian di google pon boleh aiii ...
Tak pa....
Satu lagi ... sebelum lupa
Minta kerjasama no
Pakat-pakat lahhhh subscribe YouTube saya ni..
Maklum newbie, baru berjinak-jinak dengan media eletronik ni pulak !
Tak lah boring, asyik mem foto ja kan ........
Setakat hari ni dah siap 13 video terbaru yang telah di upload.
Video-video lama nanti saya tapis dulu,
Tengok yang cantik sikit, boleh saya upload juga sebagai koleksi
OK...
Jangan lupa !
SUBSCRIBE naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!
K by !
Wassalam ....
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Cubit-Cubit sayur untuk minum petang ..
Amat sedap !!!
Yang jadi model youtube ni pon tak sabar nak makan. Apa tah lagi yang tukang masak !
Walaupon bahan nya boleh dikatakan 90 % sayuran tetapi apabila siap dimasak dah tak ada lagi rasa kesayuran nya.
Malahan...
Campuran sayur yang diaduk bersama tepung gandum menjadikan cucur kita teramat lembut sangat-sangat.
Dah tak perlukan cili, sos atau apa saja yang sewaktu dengan nya.
Makan begitu saja..
Yummy !!!!!!!!!!!!
Rasa nya pula sangat-sangat sedap, tambahan pula saya masukkan udang segar bersama udang kering. Yummy !!
Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak yang kurang gemar makan sayuran, saya cadangkan cuba sediakan cucur ini.
Saya yakin sekejap saja habis apabila dihidangkan !!!
Jom tonton YOUTUBE !
Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Bahan A
2 cawan tepung gandum (boleh ditambah sedikit lagi jika agak kurang berpalut dengan sayur)
3/4 batang lobak merah (dipotong kiub)
2 1/2 mangkuk kecil hirisan sayur kubis
1 1/2 mangkuk kecil taugeh
2 biji cili merah (dibelah 4, dibuang biji dan dihiris kecil)
1 1/2 mangkuk kecil hirisan daun sup dan daun bawang
2 biji bawang besar (di belah 8 dan dipotong kecil)
1 mangkuk kecil hirisan kacang buncis
1 mangkuk kecil udang hidup (dibuang kulit)
1 camca besar udang kering (ditumbuk)
1 biji telur ayam
1 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit air (agak-agak supaya bancuhan jangan cair)
.... boleh ditambah sayuran lain jika ada, contoh kentang, kacang panjang, tauhu dll
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam bekas dan gaul sampai rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Cubit bancuhan kecil-kecil dan goreng sehingga keemasan.
4. Siap untuk dihidangkan...
* Makan bila dah sejuk pon sedap, apatah lagi makan panas-panas .......
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Hari ni nak share resepi DALCA PENANG SPECIAL ... WOW ! Supperrr Sedap !.
Dalca Penang special kegemaran keluarga saya.
Aroma bawang goreng bersama daun sup yang dijadikan sebagai bahan tumis, dimakan pula dengan hirisan cili merah, bawang putih cincang dan perahan jus limau... Fuhh !!! Sedap yang ter'amat.
Yummy !!!
Sambil menaip.... Meleleh air liur teringat !!!!
Hari tu saya sediakan seperiuk besar, tapi jangan terkejut kalau saya katakan tak sampai setengah jam licinnnnn....
Itu pon yang menjamah baru ja balik menghadiri jemputan kahwin.
Agak nya kalau perut tengah lapar mungkin tak sampai 15 minit, periuk dah boleh di basuh. Siap minta resepi lagi ye......
Dalca biasa nya dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak mahu pon nasi beriani.
Juga boleh dijadikan sebagai kuah cicahan roti canai atau sebarang roti jika mahu.
Kuah yang 'sedang-sedang' memang enak berbanding kuah yang dimasak terlalu pekat ...
Tapi kali ini saya sekeluarga makan dengan roti benggali.
Se elok nya dapatkan kacang dhal khas untuk dibuat dalca yang mudah hancur pabila dimasak ...
Tapi kalau tak ada, jangan risau.. dhal yang lain pon boleh. Cuma kita perlu sedikit rajin mengetuk/menumbuk 'manja'. Jika tidak walau berjam-jam merebus hingga air kering sekali pon ia masih berbiji-biji .....
Lembut tu memang lembut, tapi tak menarik lah sebab kacang masih berbiji-biji ....
Jom tonton YOUTUBE !
Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Bahan A (direndam semalaman)
3 camca besar kacang dhal
air secukup nya untuk rendam
Bahan B
1 1/2 kilo tulang atau 1 kilo daging
1 bungkus rempah kari daging (25 g)
5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris tebal)
1 camca teh kunyit serbuk
2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 camca kecil lada hitam biji (ditumbuk)
1 camca kecil lada putih biji (ditumbuk)
Air scukup nya untuk merebus tulang/daging
Bahan C
1 kotak santan pekat
sedikit air untuk bancuhan santan
2 batang serai (diketuk)
3 biji ubi kentang (dibelah 4)
1 batang lobak merah (dipotong tebal)
3 biji terung bulat yang bersaiz kecil (dibelah 2)
12-15 kacang buncis (dipotong menyerong)
1 camca kecil serbuk perasa daging / ayam
sedikit garam
Bahan D
Minyak untuk menumis
7 ulas bawang merah (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 tangkai daun kari
1 inci halia (dihiris memanjang 'batang mancis')
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 mangkuk kecil hirisan daun sup
Bahan E
3 biji cili merah (dibelah 4, dibuang biji dan hiris kecil)
6 ulas bawang putih (dicincang halus) * Bawang ini tak di masak nya. Ia dimakan segar....
6 biji limau kasturi/nipis
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kacang dhal dibasuh bersih dan direndam semalaman. Ditoskan air nya dan ditumbuk ala-ala manja supaya ia pecah. * Jika dapat kacang yang mudah hancur boleh lah skip proces menumbuk ini.
2. Masukkan tulang, kacang dhal dan semua bahan B dalam periuk tekanan dan direbus selama 1/2 jam (masa diketik dari ketika air mula mendidih). Jika menggunakan periuk biasa pon boleh, rebus lah saperti biasa sehingga daging lembut. Tambahkan air jika dapati daging masih lagi keras...
2. Setelah daging lembut, kaup buang minyak yang terampai di permukaan air rebusan. Kerana ini adalah lemak tepu yang bahaya untuk kesihatan.
3. Masukkan bahan C kecuali kacang buncis dan rebus sehingga ubi 3/4 empuk.
4. Masukkan buncis. Biarkan sehingga mendidih semula dan boleh diangkat.
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Tumis bahan D sehingga bawang bertukar keperangan dan daun sup 'betul-betul kecut' untuk menerbitkan aroma yang sedap.
7. Tuangkan gorengan bawang ini kedalam periuk dalca diatas.
8. Pastikan bahan E ditabur dalam mangkuk hidangan dalca dan kemudian nya diperah jus limau.
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Menu lauk ini saya sediakan beberapa hari lalu.
Menggunakan limpa daging Korban.
Sebenar nya daging korban ini tak perlu kita masak bagai.
Yang simple simple saja pon sedap. Maklum daging baru kan .......
Daging segar katakan...
Kali ini saya sediakan lauk ala-ala goreng garam kunyit.
Beza nya saya tambahkan lada hitam, buncis dan yang pasti daun kunyit.
Aroma daun ini cukup untuk menambat selera kita.....
Saya memang suka sangat ...
Jom tonton YOUTUBE !
Jangan lupa SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE disini FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Bahan A (diperap 1/2 jam)
300-350 g Limpa (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
1 camca kecil lada hitam biji (ditumbuk halus)
kunyit serbuk
sedikit garam
Bahan B
sedikit minyak untuk menggoreng
1 batang serai (diketuk)
Bahan C
Kicap lemak manis
8-10 Kacang buncis (dihiris menyerong)
2 biji bawang besar (dihiris kasar)
8 biji cili padi / Cili merah (dihiris menyerong)
1 helai daun kunyit (dihiris sederhana)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan perap 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan limpa yang telah diperap, serai dan digaul rata.
3. Tutup tudung kuali, perlahankan api dan masak selama 10-15 minit atau sehingga limpa masak.
4. Masukkan bahan C, digaul sehingga rata. Masak anggaran 5-7 minit lagi dan boleh diangkat untuk dihidangkan.