A

A

ICE-CREAM MALAYSIA Bubur Kacang Hijau


Assalamualaikum semua...

Teringat zaman kanak-kanak dulu
pernah buat ice-cream ni untuk dijual...
saja suka-suka... belajar-belajar berniaga

macam-macam perisa ada............
Sirap, Oren, Asam Boi, Bubur Kacang dan macam-macam lagi lah...
alhamdulillah 
tiap-tiap hari habis

Jom kita semak resepi

BAHAN A
1 mangkuk kecil Kacang Hijau (direndam semalaman)
Air secukup nya
8 helai daun pandan

BAHAN B
Santan dari 2 biji kelapa (Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)
gula merah mengikut kemanisan yang disukai (dicampur air dan ditapis dahulu untuk mengelakkan pasir jika ada)
sedikit gula putih
sedikit garam

Cara-Cara:-
1. Rebus semua bahan A diatas sehingga kacang empok.
2. Masukkan bahan B dan biarkan seketika sehingga mendidih kembali, kemudian diangkat.
3. Sejukkan sebelum dibungkus.

3 comments:

  1. Salam tuan rumah... nk eskrem 2 batang...!

    ReplyDelete
  2. sy baru follow...salam perkenalan.
    Dulu2 masa kecik bonda kerap buat bubur kacang byk2...
    sebab selebihnya boleh buat mcm ni...balik sekolah jek cari esbok

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum FHA makan kala cuaca panas aduh ...sedapnya...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.