Sila Click sini ya... Terima Kasih !

NASI DALCA DAGING sentiasa menambat selera



Assalamualaikum semua

lama juga saya tak bersiaran ya ?
maklumlah sibuk sikit,
sikit aje....
sibuk dengan urusan pejabat biasa lah 
sampai tak menang tangan

Dapur pon dah berhabuk.
Masak tetap masak
Tapi tak sempat diposing kan dah pon habis

OK lah
Jom kita semak resepi kita kali ini ...salah satu resepi kesukaan saya, NASI DALCA DAGING

BAHAN A
1 kilo daging (dipotong besar)
1 sudu besar penuh rempah Kari Daging 'BABAS'
1 sudu teh serbuk kunyit
2 camca besar kacang dhal (yang lembut)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
6 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit halia (dihiris memanjang)
Air secukup nya

BAHAN B
1 1/2 kiub Daging Lembu KNOR
sedikit santan pekat
garam secukup rasa

BAHAN C
3 cawan beras (brasmathi)
3 helai daun pandan

BAHAN D
3 camca besar minyak Sapi Ghee Blend
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
sedikit halia (dihiris memanjang)
5 tangkai daun kari
4 biji bawang besar (dibelah 8)
10 ulas bawang putih (dhiris nipis)
Biji gajus
Kismis Hitam

Cara-Cara Memasak Dalca :-
1. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk dan rebus sehingga Daging empok dan kacang Dhal lembut dan hancur.(kacang dhal boleh dikisar halus jika suka)
2. Sebelum angkat, masukkan bahan B.

Cara-Cara Memasak Nasi :-
1. Masukkan kuah dalca yang telah dimasak tadi kedalam Rice Cooker.
   (Dalam resepi ini disebabkan saya menggunakan 3 cawan beras, jadi kuah 'tanpa daging' haruslah    dengan sukatan 5 cawan). Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan beras, daun pandan dan teruskan memasak.

3. Didalam kuali , panaskan minyak sapi Ghee Blend dan tumis bahan D sehingga bawang layu dan berbau harum.
4. Tuang gorengan bersama minyak sapi kedalam nasi yang telah dimasak dan gaul/gembur sedikit. (Pastikan yang nasi telah betul-betul masak)

* Selamat menjamu selera ...



No comments:

Powered by Blogger.