Sila Click sini ya... Terima Kasih !

CURRY IKAN PARI Citarasa Utara masam-masam sedap !



Assalamualaikum

Dah nama orang Utara, kalau tak ada kari
macam tak lengkap menu harian
Semua jenis ikan boleh dibuat kari.

*Kalau masak ikan bersaiz kecil .. lebihkan jintan manis berbanding jintan putih
*Kalau masak ikan besar, lebihkan pula jintan putih berbanding jintan manis

Kari Utara lebih rasa masam
*Kalau masak kari bawal, lebihkan asama jawa. lagi masam lagi sedap
*Kalau masak kari ikan pari, lebihkan bawang putih, kurangkan sedikit asam jawa.

Itu lah tips EMAK kepada saya.


BAHAN A (Bahan tumis)
3 tangkai daun kari
7 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji bawang besar atau 5 ulas bawang merah kecil (di tumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bancuhan Rempah)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan  (Saya guna BABAS)
50 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas
sedikit garam

BAHAN C
Santan cair dari 1/2 biji kelapa(Kalau suka)
atau 2 gelas air biasa (kali ini saya masak tanpa santan)

BAHAN D
Ikan pari (~ 1 kilo)

BAHAN E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar, dibelah 2 dan di buang biji
Kacang bendi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau jangan hangit dan sehingga keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan rempah masak dan ia menjadi sedikit kering dengan minyak yang bergeledangan yang banyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan C, Kacau-kacau supaya rempah sebati.
6. Terus masukkan Ikan dan bahan E. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.

Saperti biasa 
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera ....




1 comment:

Powered by Blogger.