Sila Click sini ya... Terima Kasih !

NASI GORENG Ayam Kunyit Telur Mata ...


Assalamualaikum

Salah satu menu nasi goreng kegemaran saya....
Nasi Goreng Ayam Kunyit,
Yang dimeriahkan lagi dengan Telur Mata Kerbau.
Layan aje la sambil menonton TV.

BAHAN A
1/2  camca besar butterCup
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
5 biji cili padi kampung
beberapa biji lada hitam biji (saya biarkan sebiji-sebiji)

BAHAN B (diperap sekejap)
1/2 ketul dada ayam (dipotong kepada ketulan kecil)
sedikit garam
sedikit kunyit
1/2 camca besar Sos tiram

BAHAN C
1 mangkuk nasi putih (pastikan nasi yang telah disejukkan. Bukan yang baru masak)

BAHAN D
Daun bawang
1 biji Telur Ayam digoreng menggunakan butter.

Cara-cara memasak
1. Panas butter dalam kuali.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari. Goreng seketika sehingga naik bau.
3. Masukkan cili padi, lada hitam dan perapan ayam..
4. Setelah ayam masak, masukkan nasi putih dan gaulkan rata.
5.Hiaskan dengan bahan D sebelum dihidangkan.

* Selamat menjamu selera ...





6 comments:

  1. Selamba je dia letak nasi goweng atas kerusi antiknya.... naik gilos aku tengok!

    ReplyDelete
  2. Sedapp.. Kalau nasi goreng kunyit pun sedap gak. Teringat plak nasi goreng mak buat dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sedap Muzai. Lagi lagi ada nya daun kari. beraroma nasi goreng tu ....

      Delete

Powered by Blogger.