A

A

PEKASAM Ikan Sungai


Assalamualaikum

Lauk tengahari simple saja. Pekasam goreng dan Ikan Masak Cuka.
Lauk pekasam memangmenjadi kesukaan saya.
Kalau kena cara yang betul , pekasam yang digoreng akan menjadi ranggup dan sedap dimakan walaupon dengan nasi yang sejuk.

Serba sedikit mengenai Pekasam...
Sejenis makanan peram tradisi  yang tahan lama.
Bahan-bahan yang digunakan dalam proses penghasilan pekasam adalah garam, sedikit gula dan beras goreng.Garam yang digunakan untuk pengasinan ikan bertindak memperkuat struktur disi ikan agar lebih padat dan ini membuat ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. 

Kebiasaan nya ikan sungai saperti Sepat, haruan, keli dan puyu digunakan. Ikan air tawar lainnya seperti ikan Terubul , lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu,  kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh.

Saya pernah buat sendiri pekasam ini sedikit masa dulu.
Home made memang sedap.
Tapi kali ini beli saja. Pilihan saya yang banyak beras goreng.
Sedap goreng ranggup-ranggup

Cara-cara menggoreng pekasam
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2 Masukkan pekasam dan goreng sehingga masak dan angkat. 
   *Kalau nakkan pekasam ranggup, goreng dengan api yang perlahan. Tetapi mengambil sedikit masa memasak.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili kering yang telah dikerat pendek, lebih kurang 5 minit, baru dimasukkan bawang.
4. Goreng sehingga bawang layu,
5. Sebelum angkat masukkan kembali ikan pekasam dan dibalik-balikkan beberapa kali.

* Selamat menjamu selera ...





1 comment:

  1. Waa...minta sikit ikan pekasam... sedap ni makan dgn pajeri nenas... hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.