A

A

KELI GORENG Pedas Ber'Halia


Bahan A
Minyak untuk menggoreng
3 ekor Ikan Keli bersaiz besar (Dipotong kpd 3  atau 4 bahagian)
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
3 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (dicincang halus/ditumbuk)
2 inci halia (dipotong memanjang)

Bahan C (dimesin halus)
20-25 biji cili kering (direbus dan ditoskan air nya)
4 ulas bawang merah
sedikit air

Bahan D
sedikit garam
sedikit perencah 'Secukup rasa Maggie'
  
Cara-Cara memasak
1. Ikan digaul dengan kunyit dan garam, digoreng sehingga masak dan diangkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (kurangkan jika minyak berlebihan), tumis bahan B sehingga hampir garing.
3. Masukkan bahan C dan D. Teruskan memasak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat dan terbit minyak.
4. Masukkan Ikan yang telah digoreng tadi dan diseratakan kuah nya.
5. Siap.

* Selamat menjamu selera ...

1 comment:

  1. Rindunya nak makan ikan keli... hu huhuuuu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.