A

A

DAGING HITAM LEMAK MANIS ... Sedap Makan dengan Sup Kosong !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Teringin  sangat nak makan DAGING HITAM LEMAK MANIS.
Semalam sempat buat sikit dalam 400 gram daging.
Sekejap saja habis ...

Saya suka makan daging ini dengan Sup Kosong.
Berulamkan cili padi merah lagi untuk lebih pedassss !!!

Saya sertakan video penyediaan resepi ini.
Tapi kalau nak tengok lebih video masak memasak boleh layari instagram 'fhaselemaksantan' ! 

video


Bahan A
400 g daging pejal
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar rempah sup
2 helai daun bay
Air secukupnya untuk merebus daging

1/3 kiub pati daging
sedikit garam

Bahan B
1/2 camca besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca besar lada putih (ditumbuk halus)
Kicap manis kipas udang
Kicap masin kipas udang (1/4 dari sukatan kicap manis)

Bahan C
5 ulas bawang putih (ditumbuk /cincang halus)
3 biji bawang besar (ditumbuk 3/4 hancur)
1 batang serai (ketuk lebam)

Bahan D
6 biji cili padi hijau
8 biji cili padi merah

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk (kecuali garam dan perasa) dan rebus sehingga daging empuk. 10 minit sebelum angkat, masukkan garam dan perasa.
2. Daging disejukkan terlebih dahulu sebelum dihiris nipis memanjang.
3. Gaul daging dengan bahan B dan perap 30 minit.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga bertukar keperangan.
5. Masukkan bawang besar, serai dan teruskan menggoreng sehingga bawang besar juga menjadi sedikit garing.
6. Masukkan daging dan teruskan menggoreng dengan api sederhana. Jika mahukan daging 1/2 garing pon boleh. Tapi jika mahukan sedikit basah boleh tambahkan sedikit sup rebusan daging tadi.
7. 5 minit sebelum angkat masukkan bahan D.
8. Sedia untuk dihidangkan ....

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.