A

A

TUMIS LEMAK PETOLA .. Sedap menghirup hingga ketitisan terakhir


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini saya sediakan TUMIS LEMAK PETOLA
Sedap nya sayur hari ini,
Habis kuah dihirup, hingga ketitisan terakhir !
Memang sedap !!!
Marvelous !!!

Kedikit kelainan dalam masakan sayur saya hari ini
Percubaan memasukkan sedikit halia untuk mendapatkan sedikit aroma, memang tidak menghampakan.
Sedap sangat ...

Sebelum-sebelum ini , saya tak pernah menggunakan halia dalam masakan sayur.
Begitu juga dalam masakan mee mahu pon bihun.
Kecuali Sizzling,  itu pon sedikit sahaja.

Kerana halia mempunyai aroma yang kuat.
Jika digunakan berlebihan memang kurang sedap ... mengikut tekak saya

Buah petola yang saya masak ini pula adalah dari hasil tanaman sendiri dibelakang rumah.
Ini buah yang kedua, yang pertama dah dimasak 5 hari lalu.

Foto yang dibawah ini saya ambil 6 hari lalu.
Semasa memetik saiz buah ini dah jadi besar.

Jomm....



Bahan A
1 biji petola
*Dikikis kulit yang keras. Pastikan ia dikikis sedikit sahaja kerana petola ini akan menjadi lembut dan lembik apabila siap dimasak. Jadi bila ada sedikit kulit ia akan nampak lebih menarik dan berselera disamping serat-serat buah ini amat baik untuk kesihatan.
* Di potong tebal

Bahan B
Minyak untuk menumis (sedikit sahaja. Kerana kita akan menggunakan santan cair nanti dan tidak mahu sayur yang terlalu berlemak)
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
Halia sebesar dan setebal duit syiling 10 sen

Sejemput ikan bilis (ditumbuk 3/4 hancur)
Sedikit udang hidup (dibuang kulit)

1 mangkuk besar air (agak-agak tenggelam petola dalam periuk saja)
4 keping cendawan telinga gajah (direndam dalam air panas mendidih selama 30 minit atau sehingga ia kembang dan dihiris kecil)

1/2 mangkuk kecil santan pekat (saya menggunakan santan kotak 'KARA')
1/4 kiub pati ikan bilis
sedikit garam

Bahan C
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 biji cili merah (dihiris menyerong)
sedikit suun


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 2 camca besar)
2. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga bawang bertukar kekuningan.
3. Masukkan ikan bilis, udang hidup dan goreng sehingga udang 3/4 masak.
4. Masukkan air, cendawan dan masak sehingga kuah mendidih.
5. Masukkan santan pekat, pati ikan bilis dan garam. Ratakan dan terus masukkan petola, bawang besar, cili merah dan telur. Pastikan telur dimasukan akhir sekali dan jangan diaduk.  Tutup tudung periuk dan perlahankan api.
* Cara ini petola, telur dan santan akan masak serentak dan sempurna.
6. Bila kuah telah 'mula' mendidih, terus masukkan suun dan padamkan api.
* Suun hanya perlu dilalukan air sebaik sahaja akan dimasukkan.


* FHA Selemak Santan

4 comments:

  1. salam kak..

    sedapnyer...sayur fav ni.. tp saya lebih suka petola bulat biasa tu..hihi..

    satu lg sayur yg sedap kalau bubuh halia ialah sayur sawi pahit & labu air / kundur.. mmg layan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W' Salam Juls. In Sya ALLAH boleh cuba nanti. Sedap ni !!!

      Delete
  2. Bak nk semangkuk... nk hirup kuah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya hantar ya ... tunggu depan pintu

      Delete

Powered by Blogger.