Sila Click sini ya... Terima Kasih !

MEE SOTONG ... Menu utama Juadah berbuka


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Alhamdulillah juadah berbuka semalam MEE SOTONG

Biasa berbuka makan ala kadar saja
Tapi semalam memang tak perasan
Dah lah semangkuk besar, tambah lagi .. tentu lah kenyang yang amat

Minuman pula saya sediakan Teh Ais.

Jom...

Gambar tak berapa nak memuaskan ya..
Maklum ia diambil hampir 7. 30 malam. Dah tak ada cahaya
Walau apa pon Alhamdulillah !


Untuk 4 orang makan

Bahan A
Mee Kuning
Taugeh
Sayur Sawi
1 biji tomato segar (dibelah 8)
Limau Kasturi
Daun Bawang
Bawang Goreng

Bahan B
Minyak untuk menumis
10-12 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (ditumbuk 3/4 hancur)
1 inci halia (diketuk lebam)
1 batang serai (diketuk lebam)
2 camca teh udang kering (ditumbuk hancur)
12-16 biji cili kering (Kalau nak pedas boleh dilebihkan. Saya guna Cili Super Hot)
1 camca besar sos tiram
2 camca besar gula putih
3 camca besar 'cuka makan'
Fish Ball secukup nya
Fish Cake secukup nya
1 ketul ubi keledek bersaiz sederhana (dibasuh bersih dan direbus sehingga empuk baru dikupas kulit dan dikisar halus)  * Jika terlalu banyak kuah akan terlalu pekat dan menjadi kurang sedap
8 ekor sotong yang bersaiz besar (biarkan seekor seekor)
sedikit garam 

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga bawang bertukar warna keemasan.
2. Masukkan bawang besar, halia dan serai. Goreng lagi sehingga bawang besar 1/2 garing.
3. Masukkan udang kering dan terus menggoreng hingga terbit aroma yang harum dan bawang besar menjadi garing.
4. Masukkan cili yang telah dikisar dan perlahankan api. Masak sehingga air susut dan terbit minyak dalam sambal.
5. Masukkan sos tiram, gula dan cuka dan biarkan seketika.
6. Masukkan fish ball dan fish cake dan teruskan menggoreng sehingga 3/4 masak.
7. Masukkan ubi keledek yang telah dikisar. Biarkan seketika sebelum masukkan sotong.
8. Masak sehingga kuah mendidih semula sebelum diangkat.

* Jika nak terus masak mee pon dah boleh..
9. Apabila kuah telah mendidih, masukkan mee (pastikan mee dialirkan air/basuh sekejap untuk mengeluarkan bauan) dan sayur sawi. Biarkan seketika sebelum ratakan.
10. Tabur dengan tomato segar dan taugeh. Ratakan sedikit dan terus padamkan api untuk mengelakkan taugeh terlalu layu.

* FHA Selemak Santan

2 comments:

Powered by Blogger.