Thursday, 28 March 2013

MEE SUP TULANG

 
 
 
Assalamualaikum semua !!! Hari ni layan 'Mee Sup Tulang Lembu' sebagai menu tengahari ... Skip rice for today hehehe...

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
3 Kuntum Bunga Lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dicincang halus atau ditumbuk)
sedikit halia (hihiris nipis memanjang)

BAHAN B
1 kilo Tulang lembu
Air sebagai kuah

BAHAN C
4 batang Daun Sup (dihiris sederhana tebal)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1 kiub Lembu KNOR
sedikit garam

BAHAN D
1 kati Mee kuning (dicelur sedikit dan diletakkan sedikit minyak selepas diangkat untuk mengelakkan mee melekat antara satu sama lain)
1/2 kati taugeh
3 biji Tomato biji
Fish cake
Limau Kasturi
Daun Sup
Daun Bawang
Cili merah/cili padi
Bawang Goreng

Cara-Cara Memasak Kuah:-
1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan A. Goreng sehingga bawang benar-benar garing.
2. Masukkan bahan B dan rebus sehingga daging lembut atau alihkan ke pressure cooker dan masak selama 1 jam (set time dari ia mula mendidih).
3. Masukkan bahan C dan masak lagi ~ 5 minit dan bolehlah diangkat.

* Selamat menjamu selera .....
 
 
 
 
 










1 comment: