Sunday, 14 April 2013
CURRY FRIED CHICKEN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Menu apa tengahari ni ?
Menu saya untuk hari ni berlaukkan ayam yang digoreng bersama-sama daun kari...
Emmmm...Semerbak harum bau daun kari semasa menumis.
Jom kita semak RESEPI ....
BAHAN A
Minyak untuk menggoreng ayam (tidak perlu terlalu banyak)
(*campur semua dibawah dan perap selama 1/2 jam)
1/2 ekor ayam dipotong mengikut saiz kesukaan
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk halus)
1 sudu teh jintan putih (ditumbuk halus)
sedikit garam
sedikit kunyit
BAHAN B
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
BAHAN C
2 biji bawang besar (dipotong bulat dan tebal)
2 biji cili merah (dipotong menyerong)
sedikit kicap masin kipas udang
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam (pastikan semasa menggoreng, kuali ditutup untuk memastikan ayam yang telah digoreng tidak keras selepas dimasak). Setelah masak angkat dari kuali.
2. Menggunakan minyak yang sama, goreng bahan B.
3. Setelah layu, masukkan kembali ayam yang telah digoreng, diikuti dengan bahan C.
4. Gaul-gaul supaya bercampur rata dan boleh lah diangkat.
* Selamat menjamu selera ....
Intip dulu yok ke judi slot yang biasanya dimainkan melalui mesin slot yang terdapat dikasino kini bisa dimainkan dimana saja dan kapan saja diinginkan.
ReplyDeleteDi Indonesia sendiri, salah satu situs judi online yang telah melakukan kerja sama dengan berbagai provider slot online adalah ZEUSBOLA.
DAFTAR DAN MENANGKAN HADIAH JUTAAN RUPIAH YA!
INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
WHATSAPP :+62 822-7710-4607