Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....
Hari ni saya nak share resepi 'Kek Lapis Sarawak Masam Manis 3 Rasa....Strawberry, Vanila dan Pandan.
Memang sedap. Lagi lagi kalau butter yang digunakan adalah buter yang berkualiti. Memang harum semerbak satu rumah semasa membakar.
Untuk kek lapis ini,anda adalah digalakkan menggunakan Tepung Hong Kong jika inginkan texture kek yang halus. Tetapi jangan risau jika tiada tepung tersebut, kita boleh gantikan dengan tepung Superfine. Kalau tak ada juga tepung Superfine, tepung gandum pon boleh. Saperti kata pepatah 'Tiada rotan akar berguna juga' cecewahh.....
Saperti biasa, teknik bancuhan kita amat simple....Jom kita semak RESEPI .....
Nota: (Loyang digunakan adalah bersaiz 8 x 8)
BAHAN A
Gula Halus 250 gram
Butter 450 gram
Ovalet 30 gram
Susu Pekat 300 gram
Bahan B
Telur 10 biji (Gred A)
Bahan C
Tepung Hong Kong 270 gram
Bahan D
Pewarna Merah + Perasa Strawberry
Pewarna Kuning + Perasa Vanila
Pewarna Hijau + Perasa Pandan
Masam Manis
Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga KEMBANG dengan kelajuan yang MAXIMA.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama (Maxima) sehingga habis.
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang PALING PERLAHAN hanya untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 adunan dan di diwarnakan/diperasakan merah, kuning dan hijau.
Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin dasar loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang kecil.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang langkah 3-7 sehingga habis adunan warna merah, Ulangi pula untuk adunan Kuning dan Hijau.
9. Selang setiap lapisan , aturkan dengan masam manis.
Teknik nya: Sendukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya. Aturkan masam manis diatas nya dan dengan menggunakan hujung jari, tekan sedikit masam manis supaya sedikit tenggelam kedalam. Ini adalah untuk mengelakkan masam -manis sedikit garing jika terdedah kepada api semasa membakar. Tekan sedikit sahaja sekadar ada sedikit lapisan tepung diatas nya. Ratakan kembali adunan tepung.
TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
* Selamat menjamu selera .....
Mmmm... harum 3 aroma ni Faudziyah... cantik & kenas lapisannya!
ReplyDeletesalam kenal sis. rajinnya melapis.nampak kemas saja..kalau teringin makan kek lapis, mel beli je sebab dekat. kalau takde kedai, barangkali rajinkan dirilah nak buat nanti.hihi
ReplyDeletesedapnya kek sarawak...
ReplyDeletesaya dah cuba resepi ni.. saya share diblog saya .. dh credit tuan empunya resepi.. cuma saya punya butter cam berderai.. pastu berminyak sikit kek.. nape ye? cuba tengok kat sini http://ummuhaseenainthekitchen.blogspot.com/2014/04/resepi-kek-lapis-sarawak.html
ReplyDeletePENGEN DAPAT JUTAAN?
ReplyDeleteYUK LANSUNG AJA KE ZEUSOLA!
Hanya Dengan Deposit Pulsa, Gopay & OVO Sudah Bisa Bermain Dan Meraih Keuntungan Yang Besar Jutaan Rupiah Hingga Sepeda Motor !
Tunggu Apalagi Segera Daftar Dan Bermain Di Zeusbola!
Jangan Lewatkan Jackpot Anda!
INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
WHATSAPP :+62 822-7710-4607