Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua .....
Resepi berbuka kali ni 'Ayam Percik Kelantan' hehehe..tapi orang Penang yang masak yaaaa...
Buat cukup-cukup saja untuk 10 orang makan, seorang seketul, tak boleh tambah......... keh keh keh .... sedap !
Biar tak cukup, jangan tak habis, nanti membazir.
Bila dah tak cukup tu yang buat kita bertambah-tambah sedap !!!
Jom kita semak resepi ....
BAHAN A (Diperap 2-3 jam)
1 ekor ayam (atau 10 ketul paha ayam)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
sedikit garam
BAHAN B
50 gram santan pekat
5 sudu besar gula putih
2 biji bawang besar (dimesin)
2 ulas bawang putih (dimesin)
3 batang serai (dimesin)
10-15 biji cili merah (Ikut saiz cili dan kepedasan yang dikehendaki)
1 asam keping
sedikit garam
Cara-Cara Memasak:-
1. Ayam yang telah diperap tadi saya bakar dalam oven sahaja. Teknik nya, letakkan sedikit minyak pada aluminium foil untuk mengelakkan ayam melekat, kemudian letakkan ayam dan panggang dengan api bawah suhu 180C selama ~ 45-1 jam (mengikut saiz ayam).
2. Ambil minyak dan cairan yang keluar dari ayam dan disapu dibahagian atas ayam untuk mengelakkan ayam kering ketika memanggang.
3. 15 minit sebelum angkat, gunakan api atas sahaja selama 10-15 minit suhu yang sama untuk menggaringkan sedikit ayam tersebut.
4. Untuk kuah, masukkan semua bahan B kedalam periuk dan masak dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau supaya minyak tidak terbit dari santan tersebut. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Curahkan kuah keatas ayam semasa menghidang.
* Selamat berbuka puasa ....
Looks delicious, Tq for the recipe. I want to share my personal recipe,
ReplyDeletecan try this too. Really awesome taste.
http://resepirotipizzasosejmini.blogspot.com/
Di Situs Zeusbola Sendiri Permainan Tidak Terbatas Oleh 1 Permainan Saja, Karena 1 User ID Dapat Mengakses ke Banyak Permainan
ReplyDeleteDengan Banyaknya Permainan yang bisa diakses hanya dengan 1 User ID Saja, Zeusbola Selain Menerima Pembayaran Melalui Bank Lokal Ternama di Indonesia Juga Menerima Pembayaran Via Pulsa
Untuk Melakukan Pendaftaran Bisa Melalui Customer Service Online 24 Jam
INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
WHATSAPP :+62 822-7710-4607