Wednesday, 3 July 2013
KEK LAPIS SARAWAK 'SISIK IKAN'
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Hari ni saya nak kongsi pula resepi 'Kek Lapis Sisik Ikan' yang amat sedap. Dari segi harga nya, ia adalah sedikit mahal berbanding kek lapis biasa kerana teknik pembuatan nya lebih sedikit cerewet dari yang biasa tu. Tambahan pula ia menggunakan Masam Manis yang agak banyak...
OK lah saya tak nak berceloteh panjang... jom kita semak RESEPI .....
(Sukatan untuk loyang 8 x 8)
BAHAN A
200 g Gula Halus
500 gram Butter
30 gram Ovalet
300 gram Susu Pekat Manis
BAHAN B
10 biji Telur Gred A
50 g Susu Tepung atau horlick
270g Tepung Hong Kong
BAHAN C
Masam Manis
Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul juga dengan kelajuan yang sama.
3. Masukkan Susu tepung/horlick dan Tepung Hong Kong dan pukul dengan perlahan supaya ia bercampur sahaja.
Cara-Cara Melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas yang kecil sahaja. (Api atas sahaja)
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Ulang langkah 3-5 diatas untuk dapatkan 3 lapisan pertama.
7. Untuk lapisan yang ke 4, selepas sendukkan adunan dan ratakan (langkah 3), cucuk masam manis ke secara posisi yang condong kedalam lapisan tersebut (hingga agak-agak menjunam ke lapisan ke 3) untuk memastikan ia boleh berada dalam posisi tersebut dan bakar.
8. Ulang kembali langkah 3-5 diatas dan sekira nya pada lapisan tersebut sudah tidak kelihatan masam manis lagi, bolehlah diulang langkah 7 kembali. Begitulah seterusnya.
* Selamat menjamu selera .....
Assalammua'lakum Faudziyah, cantik betul kek lapis ni. Saya pun suka juga buat kek lapis. Bolehlah singgah di sini utk cuba resepi Faudziyah.
ReplyDeleteAs-salam Fha..selamat berkenalan.blog yang menarik hati untuk diikuti.jom jadi kawan kat blog kita pula.
ReplyDelete