Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Dah jadi kebiasaan kalau suka sesuatu , saya akan makan sampai jemu...
Jadi menu hari ni Nasi Mandy Kambing lagi dan lagi....
Cuma beza dengan nasi mandy sebelum ini adalah dari segi teknik memasak nasi.
Kali ini saya praktikkan saperti memasak nasi beriani.
Tujuan nya supaya nasi yang terhasil adalah seroi atau pon sebiji-sebiji tetapi lembut.
Juga menjadikan texture daging kambing bertambah moist....
Tapi dengan syarat.. jangan kambing tua !
Daging Kambing hari ini saya beli di Aeon Cheras, Kuala Lumpur.
Lembut berbanding dengan daging yang saya beli di Tesco S Jaya,PPinang beberapa minggu sudah
Jom kita semak resepi ...
BAHAN A (Senarai dibawah ditumbuk/mesin halus)
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh lada hitam biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih biji
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
BAHAN B
1 kilo daging kambing
2 sudu teh serbuk Maggie 'Cukup Rasa'
sedikit daun pudina
sedikit daun sup
sedikit daun ketumbar
sedikit minyak
sedikit garam
BAHAN C
2 sudu besar Tomato Puri
2 kiub KNOR Daging Lembu
5 helai daun pandan
sedikit garam
air untuk merebus beras
BAHAN D
60 gram Beras brasmathi (dibasuh, direndam selama 1/2 jam dan ditoskan)
BAHAN E
1 sudu besar Minyak sapi Ghee Blend
Bawang Goreng
BAHAN F
1 cawan tepung gandum + air (adun menjadi doh saperti membuat kulit karipap)
BAHAN G (Air Asam. Campur semua sekali)
4 biji tomato biji (dipotong kecil-kecil)
2 ulas bawang besar (dibelah 2 dan dihiris sederhana tebal)
15-20 biji cili padi merah (dipotong nipis)
2 biji limau kasturi
sedikit asam jawa anggaran 2 ibu jari (di ambil air nya)
sedikit garam
sedikit belacan
Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A dan B dicampur dan diperap semalaman.
2. Keesokkan hari nya, daging Kambing yang telah diperap disusun-susun dalam periuk supaya ia menutupi dasar/bahagian bawah periuk.
(Pastikan air perapan daging jangan melebihi paras daging. Dan Beras yang akan diletakkan atas daging mestikan tidak enggelam dalam air perapan)
3. Didalam periuk yang lain, masukkan bahan C dan jerang sehingga air mendidih selama 5 minit.
4. Masukkan beras brasmathi dan masak sehingga beras 70% masak, kemudian tapis (buangkan air nya)
5. Masukkan beras yang telah ditapis kedalam periuk (2) diatas dan tabur bahan E.
6. Gentelkan bahan F secara memanjang dan letakkan disekeliling tudung periuk.
7. Tutup periuk (2) diatas dengan tudung ini dan tekan supaya tudung melekat pada periuk dan tiada wap yang boleh keluar semasa memasak.
Teknik memasak
8. Letakkan 1 keping tudung periuk dibawah periuk (Lapikkan periuk) semasa memasak.
9. 5 minit pertama.. Api di kuatkan/besarkan
10. Kemudian perlahankan untuk masa seterusnya selama ~ 1 jam
* Selamat menjamu selera ...
Macam susaj aje resepi ni
ReplyDelete