Jom sama-sama layan Lauk kerang yang memang tak jemu.
BAHAN A
2 kilo kerang (Direbus dan dikopek kulit. Pastikan Kerang jangan dibasuh selepas dikopek)
BAHAN B
sedikit minyak untuk menumis
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari
BAHAN C (dimesin halus)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
20 biji cili padi
1 sudu teh lada hitam
2 sudu besar minyak masak (untuk mempercepatkan dan menghaluskan kisaran)
BAHAN D
1 camca besar rempah daging 'BABAS'
Santan dari 1 biji kelapa
4 keping asam gelugor
2 sudu teh perencah Maggie 'Cukup Rasa'
1 sudu besar kerisik
sedikit garam
BAHAN E
1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
2 sudu makan minyak sapi Ghee Blend.
Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga keperangan.
2. Masukkan bahan C dan D dan masak sehingga pecah minyak dan pekat.
3. Akhir sekali, masukkan kerang dan bahan E.
* Selamat menjamu selera ...
Wow....!!
ReplyDeletehehehe....
Deletesedapnya kerang..
ReplyDeleteSalah satu lauk kegemaran ... Bbwana
Delete