Thursday, 30 October 2014

'CUCOQ' UDANG BESAQ ! Alahai Joyah oiiiiii.......


Assalamualaikum

Sedap nya makan cucoq udang panas-panas.
.... bahan-bahan nya simple aje,   
semua ada kat dapur kita, cuba pi selongkar tengok
pasti ada kan, kan, kan ...........

tapi kita tambahkan udang supaya lebih UMPHHHH !!!
alahai..joyah oiii
Kalau bab makan macam ni lah..
layan aje selera kan ...................................

Kuah cecah saya kongsikan kemudian ya 
Kita layan dulu cucur ni panas-panas 


BAHAN A
1 cawan tepung gandum
1  cawan tepung Cucur Udang Adabi
2 camca besar minyak masak
sedikit air + garam

BAHAN B
2 genggam taugeh
1 biji bawang besar
(boleh tambahkan daun kucai kalau suka)
Udang besar beberapa ekor

BAHAN C
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakan nya
1. Bahan A dicampur semua sekali, gaul sehingga rata. 
* Tujuan memasukkan minyak masak dalam adunan adalah supaya cucur kita menjadi amat lembuttttt...
2. Setelah rata , kita masukkan Bahan B kecuali udang.
3. Semasak 'menjemput adunan' untuk menggoreng barulah ditambahkan udang.







5 comments:

  1. Salam Kak Faudziyah,

    Apa khabar? Adoi sedapnya cucuq udang tu! Kalau guna tepung gandum buh soda buh bakit powder boleh kot naa? Malas nak cari tepung adabi tu. Dengar citer kalau buat cucur udang ni taruk yeast supaya kembong and gebu. Betul ke?

    ReplyDelete
  2. w'salam Honey. Kalau kita letak soda,baking powder atau yest. Texture Cucur akan naik gebu, (berisi rongga-rongga udara). Bebeza dengan cucur tanpa bahan tersebut. Tepung gandum pon ada berbagai jenis. Cop yang berbeza akan menghasilkan texture yang bebeza. Saya pernah buat kek dan cucur dengan menggunakan sukatan yang sama tapi hasil nya keras. Jadi nak selamat, saya campurkan 1/2 sukatan dengan tepung adabi (saya tidak menggunakan 100% tepung ini kerana saya dapati ia akan menyerap lebih minyak). Saya juga tidak masukkan soda,baking powder atau yest kerana saya lebih gemar texture asli cucur bawang. Walau bagaimana pon tiada masalah jika kita camporkan bahan tersebut. Ia bergantung kepada citarasa kita. Rasa nya lebih kurang sama saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Faudziyah atas cadangan :)

      Delete
  3. Tadi baru makan cucoq... cari cari bahan takde udanglah joyah alahai.... yang ado cuma bawang besaq! Jadilaaa..... ha hahaha cicah sama mayonis & cili sos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak bawah besaq memang sedap tu.. manis bawang .... category BESAQ juga hehehe

      Delete