Tuesday, 18 November 2014

PEKASAM Ikan Sungai


Assalamualaikum

Lauk tengahari simple saja. Pekasam goreng dan Ikan Masak Cuka.
Lauk pekasam memangmenjadi kesukaan saya.
Kalau kena cara yang betul , pekasam yang digoreng akan menjadi ranggup dan sedap dimakan walaupon dengan nasi yang sejuk.

Serba sedikit mengenai Pekasam...
Sejenis makanan peram tradisi  yang tahan lama.
Bahan-bahan yang digunakan dalam proses penghasilan pekasam adalah garam, sedikit gula dan beras goreng.Garam yang digunakan untuk pengasinan ikan bertindak memperkuat struktur disi ikan agar lebih padat dan ini membuat ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. 

Kebiasaan nya ikan sungai saperti Sepat, haruan, keli dan puyu digunakan. Ikan air tawar lainnya seperti ikan Terubul , lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu,  kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh.

Saya pernah buat sendiri pekasam ini sedikit masa dulu.
Home made memang sedap.
Tapi kali ini beli saja. Pilihan saya yang banyak beras goreng.
Sedap goreng ranggup-ranggup

Cara-cara menggoreng pekasam
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2 Masukkan pekasam dan goreng sehingga masak dan angkat. 
   *Kalau nakkan pekasam ranggup, goreng dengan api yang perlahan. Tetapi mengambil sedikit masa memasak.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili kering yang telah dikerat pendek, lebih kurang 5 minit, baru dimasukkan bawang.
4. Goreng sehingga bawang layu,
5. Sebelum angkat masukkan kembali ikan pekasam dan dibalik-balikkan beberapa kali.

* Selamat menjamu selera ...





Friday, 14 November 2014

GORENG GARAM ASAM ! Dont' Judge Rasa by its rupa ...




Assalamualaikum

Salam pagi Jumaat semua
Kalau tengok akan rupa ikan yang yang saya masak ni mungkin ada yang kata ikan itu digoreng hangit kan ?

Tak..., Bukan .... No...
hehehe...

sebab ia telah diperap dengan asam.
sebab tu lah jadi hitam
cuma rupa saja sedikit hitam TAPI SEDAPPP

Dont' Judge a Book by its cover
Dont' Judge Rasa by its rupa ...

Cara A
3-5 ekor Ikan Kembong 
sedikit Asam Jawa
sedikit garam
*Perap lebih kurang 1 jam  barulah digoreng

atau 

Cara B
Ikan diperap dengan sedikit garam dan dikukus sehingga masak.
Ikan yang telah siap dikukus akan diperap dengan asam  pula barulah digoreng.

* Selamat menjamu selera ...


Friday, 7 November 2014

SOS BAWANG UTK CUCUQ UDANG ... pekat-pekat sedap


Assalamualaikum.
Salam Jumaat semua .................

Hari tu saya dah post resepi 'Cucoq Udang Besaq' kan ?
Plan asal nak post Sos bawang ni kemudian hari
tup tup..... sibok sangat
lupa lah pula

Tak pa kita jengok juga respi nya ya
simple aja.
Tapi sedap

BAHAN A (Tumbuk bersama)
10 biji cili kering, direbus lebih kurang 5-10 minit supaya lembut. Toskan air nya
sedikit belacan dan garam

BAHAN B
3-4 sudu besar gula putih
asam jawa (sebesar duit 5 sen) + 2 sudu besar air (Sedikit air sahaja) * boleh juga digantikan dengan 1 biji jus limau kasturi
3-4 ulas bawang merah (dihiris nipis)

* Bahan A dan B dicampur dan digaul rata
* Pastikan sos pekat, baru sedap