Thursday, 28 May 2015

DENDENG DAGING


Assalamualaikum semua

Dendeng Daging...

Teringat di zaman muda-muda dulu, zaman fresh grad dan zaman mula mengenal alam pekerjaan di era 90'an,  semasa kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), salah satu lauk yang dijual di situ dan menjadi kegemaran saya adalah Dendeng Daging.

Daging yang dimasak sedikit keras tetapi amat menyelerakan saya. 
Kalau boleh hari hari lauk yang sama pon tak ada masaalah, sedap sangat lauk tu !

Jom kita jenguk dendeng yang saya masak kali ini
ada iras-iras macam dendeng yang dijual tu....

Bahan A
1/2 kilo Daging
Aiir unuk merebus daging. (Tidak perlu banyak, sekadar untuk memasakkan daging sahaja)

Bahan B
Minyak untuk menggoreng
1 kiub pati Ayam 'Knor'

Bahan C (Diketuk lebam-lebam saja)
5 biji cili merah 
15 biji cili padi (Boleh dikurangkan jika tidak suka pedas) 
3 biji bawang besar

Bahan D
2 batang serai (Diketuk lebam)
4 helai daun limau purut
Kicap manis 'kipas udang'
Kicap masin 'kipas udang'
Sedikit asam jawa

Cara-Cara memasak
1. Daging dipotong sederhana tebal, kemudian nya direbus sehingga masak. 
* Proses memasak tidak perlu lama kerana daging apabila di ketuk nanti akan dengan sendiri nya menjadi lembut.
2. Asingkan daging dari air rebusan.
3. Daging kemudian nya diketuk sekadar lebam-lebam dan jangan sampai nipis atau hancur.
4. Sedikit air rebusan dan kiub pati ayam dicampur dan diperap seketika bersama daging yang telah diketuk tadi
5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging tersebut. Proses menggoreng tidak perlu lama kerana ia akan mengakibatkan daging menjadi keras semula.
6. Angkat.

7. Dengan menggunakan baki minyak yang tinggal, masukkan bahan C dan goreng seketika.
8. Masukkan bahan D.
9. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi.
10. Jika gorengan terlalu kering, bolehlah ditambah sedikit air rebusan untuk melembabkan masakan.
11. Siap

*** Selamat menjamu selera ...

3 comments:

  1. sedappp nya dendeng daging ni, boleh try resepi ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try nanti Nooriah. Saya suka resepi sebegini simple saja

      Delete
  2. Saya suka ratah dendeng daging..... kalau makan dengan nasi pulak tak mo tambah lauk lain, nanti hilang keenakannya he he hehee.

    ReplyDelete