Assalamualailkum
Selesai sudah berpuasa 6,
Hari ini saya berhari raya lagi .....
Juadah berbuka untuk semalam hari yang ke 6 saya menyediakan Soto Ayam dan bergedil.
Kebiasaan nya Perencah Kuah Soto saya beli yang dah siap, cuma perlu masukkan dalam periuk bersama ayam sahaja.
Tetapi untuk juadah berbuka semalam saya adun sendiri berpandukan resepi yang dikongsi oleh salah seorang rakan FB.
Rasa nya ...
emm Tip Top !!!! sedap !!!!
Lain kali tak payah beli yang ready made
Buat sendiri berbaloi...sedap lagi
Nanti saya akan share resepi nya ya
Untuk kali ini kita semak resepi Bergedil Tauhu...berdaging yang dimakan bersama soto tadi
Bahan A (Untuk 2 orang)
1 biji kentang bersaiz besar. Anggaran 250 g (Saya gunakan Wasshington Potatoes/Russet Potatoes kerana ubi nya lebih lembut. Ubi direbus, dibuang kulit dan dilenyek halus).
1/2 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
4 tangkai daun sup (dihiris pendek)
1 1/2 sudu teh lada hitam Aji Shio
1 biji Tauhu (didadu kecil, kemudian digoreng sekejap dan dilenyek bersama kentang)
1 sudu besar penuh tepung Jagung (untuk melekatkan)
sedikit garam
Bahan B
sedikit daging (dipotong kecil)
1 camca air
Bahan C
1 biji telur ayam (dikocak)
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara memasak
1. Bahan B iaitu daging dimasak sekejap. Sekadar daging masak sahaja dan ditoskan air nya.
2. Masukkan daging kedalam bahan A. Gaulkan semua bahan supaya bercampur rata.
3. Ambil sejemput, kepal kepalkan sehingga habis
4. Panaskan minyak didalam kuali. Pastikan api sederhana besar (api yang terlalu besar mengakibatkan minyak terlalu panas boleh menyebabkan kepalan ubi pecah berderai semasa menggoreng)
5. Celup kepalan bergedil kedalam telur sebelum menggoreng. Goreng sehingga keemasan barulah di balikkan.
* Selamat berhari raya .........
No comments:
Post a Comment