Thursday, 26 November 2015

CURRY TEMPE... perghh sedap !!!


Assalamualaikum semua sahabat di alam maya...

Suka makan tempe tak ?
Hari ni saya nak kongsi resepi curry tempe orang Utara
Jawa campur  Penang jadi lah Curry Tempe
Kalau belum pernah rasa jom kita cuba.........

Kali ini saya masak curry yang sedikit pekat ala-ala kepekatan saperti rendang
senang berpalut dengan nasi bila makan..
buat sebagai gulai untuk cicah lempeng pon sedap

tetapi jika suka sedikit cair bolehlah di tambahkan lebih santan atau kurangkan rempah kari tu

Jomm..

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk/dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris sederhana tebal)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan B
3 sudu makan penuh serbuk kari daging (boleh dikurangkan jika mahu)
1 mangkuk air
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 sudu besar Kerisik
2 keping asam gelugor
400 gram daging (dipotong sederhana tebal)

Bahan C
1/2 mangkuk santan cair
2 keping tempe (dipotong ikut kesukaan).. digoreng sehingga keperangan
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kesemua bahan A sehingga keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan kesemua bahan B dan masak sehingga kuah mendidih, kemudian perlahankan api dan biarkan sehingga ia terbit minyak yang banyak dan daging menjadi empok.
3. Masukkan santan cair dan teruskan memasak sehingga kuah kembali mendidih.
4. Masukkan tempe dan garam, biarkan tempe 'mesra' dgn kuah selama 5-10 minit, boleh lah diangkat.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Post a Comment