Thursday, 25 February 2016
AYAM GORENG DAUN KUNYIT... memang sedap. Tak rugi mencuba !
Assalamualaikum
Anda suka makan Ayam Goreng ?
Saya.. masa kecil-kecil dulu, memang tak gemar ayam goreng..
Tapi bila dah makin meningkat dewasa, selera mula bertukar,
Yang mana lauk tak suka dulu-dulu, sekarang ni dah jadi kegemaran
Yang menjadi kegemaran sekarang.. ayam goreng kunyit !
Nak masak pon senang..
Campak-sampak saja dalam kuali, tambahkan bawang dan tak lupa cili padi menambahkan lagi selera !!
Tapi kalau hari-hari makan ayam goreng kunyit mungkin sedikit sebanyak jemu juga kan
Satu hari tu saya ada terbaca resepi ayam goreng daun kunyit ini
masa tu pada fikiran saya... dah letakkan serbuk kunyit tentulah tak ada beza rasa nya kan ...
tapi pandangan saya salah ...
semalam terasa nak mencuba ,
amboii rasa nya memang sedap sangat
terfikir pula... kenapa tak mencuba dari dulu lagi !
Tak rugi mencuba.. berbaloi sedap !
Bahan A
sedikit minyak untuk menggoreng
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong mengikut saiz kesukaan)
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
Bahan B
3 biji bawang besar (dipotong besar)
10 biji cili padi merah
1 helai daun kunyit (Tak payah banyak/sederhana besar. Dihiris nipis)
2 camca besar Sos Tiram
1/2 cawan air
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ayam diperap bersama kunyit dan garam selama 1/2 jam
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak. Tutup tudung kuali semasa menggoreng supaya bahagian dalam masak dgn cepat dan texture nya kekal moist.
3, Angkat sesudah ayam masak.
4. Kurangkan minyak dalam kuali jika minyak berlebihan
5. Masukkan bawang dan goreng sebentar.
6. Kemudian masukkan sedikit air, sos tiram dan daun kunyit.
7. Bila kuah sedikit mendidih, angkat dan tuangkan atas ayam.
8. Sedia untuk dihidangkan.
* Selamat Menjamu selera ...
Friday, 19 February 2016
SUP TULANG .. sipi sipi Tomyam yang sungguh sedap !
Assalamualaikum semua
Kalau dah peminat Sup, sebarang jenis sup memang saya tak tolak
sup nasi ayam ka...
sup kambing ka...
sup ikan ka ...
sup kosong pon boleh !
Semua menjadi kegemaran
Makan berulamkan cili padi
Amboii !
Memang tak pandang kiri kanan
Bercakap pasal sup ini.....
Salah satu gerai yang kerap saya bertandang ketika menetap di Kuala Lumpur dahulu adalah D'JU Cafe yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn
Boleh dikatakan pelanggan tetap
Dah balik kerja selalu lewat malam... apa lagi call je lah
On the way balik, singgah ambil order
Sup nya memang power sedap.. walaupon sup kosong !
Dah cuba bertanya untuk mendapatkan resepi tapi biasa lah orang berniaga kan
Tak apa..
Kita cuba-cuba..
In sya ALLAH ada rezeki menjadi lah tu
Jadi untuk kali ini saya cuba resepi yang saya google dari internet, manalah tahu kot-kot menjadi kannnn....
Rasa sup kali ini ada sipi sipi tomyam, walaupon tak dimasukkan sebarang rempah tomyam..
Walau bagaimana pon memang sedap !
Jom...
Bahan A
1 kilo Tulang
2 inci halia
1/2 sudu besar lada hitam (saya biarkan sebiji sebiji)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
Air secukup nya untuk merebus tulang
Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk) *
1/2 pokok daun sup (dipotong ~ 1 inci)
Bahan C
2 helai daun limau purut *
2 biji limau kasturi
10 biji cili padi (diketuk lebam)
2 biji bawang besar (dibelah 8)
2 Batang saleri
1 pokok Daun ketumbar
2 Tomato biji
Sos Ikan (Sos Nampla)
sedikit garam
Nota:
* Jangan lebih nanti jadi tomyam pula
# Tidak perlu dimasukkan sebarang kiub atau perasa tambahan kerana Sos Ikan telah mempunyai rasa nya tersendiri
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk tekanan dan masak sehingga daging lembut. Kebiasaan tempoh merebus mengambil masa 1 jam bermula dari detik periuk berbunyi (menandakan sup sedang mendidih) .
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan B sehingga bawang garing dan daun sup kecut. Tuangkan kedalam periuk berisi daging yang telah dimasak tadi.
3. Masukkan Bahan C, biarkan seketika dan boleh lah dihidangkan.
* Selamat Menjamu selera
Thursday, 18 February 2016
LEMAK TUMIS LABU.. Sayur merangkap lauk yang sedap
Assalamualaikum
Sayur yang juga merangkap lauk untuk tengahhari ini amat menyelerakan saya.
Tak ada lauk lain yang dimasak.
Cukup dengan ini ...berpinggan nasi saya tambah
Labu yang ditanam sendiri oleh kakak dah lama tersimpan dalam peti sejuk
Di satukan dengan sayur kucai yang saya tanam dibelakang rumah
Juga sedikit karot yang berbaki tempoh hari
di sulamkan dengan ikan bilis, daun sup dan lada hitam
amat-amat menyedapkan lagi sayur ini...
Jommm
Bahan A
2 sudu besar minyak masak (cukup untuk menumis bawang dan ikan bilis saja)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Bahan B
1/2 pokok daun sup (dipotong 1/2 inci panjang)
sejemput ikan bilis (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
Bahan C
1/4 biji labu kuning
1 biji lobak merah
1 biji bawang besar (dibelah 4)
2 cawan air untuk melembutkan labu
Bahan D
1 santan pekat (kotak)
1/2 kiub pati ikan bilis
2 pokok daun kucai
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan bahan B dan goreng sehingga daun sup kecut dan ikan bilis hampir garing dan berbau harum
3. Masukkan bahan C dan masak sehingga labu 3/4 empuk
4. Masukkan Bahan D. Kacau selalu supaya santan tidak pecah.
5. Bila kuah hampir mendidih boleh lah diangkat.
* Selamat Menjamu selera ...
Tuesday, 16 February 2016
NASI ULAM juadah popular di bulan Ramadan
Nasi Ulam adalah antara salah satu juadah yang popular di bulan puasa.
Ya laa... kerana aroma daun-daun ulam yang ada ia menerbit dan menaikan selera makan semasa berbuka.
Orang dulu-dulu kata.. kalau bulan puasa, semua daun boleh dimakan, pasal tu ia kerap dihidangkan pada bulan Ramadan.
Tapi kalau nak sediakan pada hari lain pon tak jadi masalah kan ....
Ini penangan melawat rumah Kak Noor tempoh hari
menitik nitik air lior tengok sepinggan nasi-ulam-kedah Kak Noor
Terima kasih Kak Noor kongsikan resepi ini
memang 5 bintang saya berikan
sedap sungguh walaupon terlupa nak masukkan lengkuas
bila-bila nanti nak buat lagi...
Bahan A
4 mangkuk nasi (ditanak dan disejukkan)
Bahan B (Ulam-ulaman dimayang halus. * Boleh masukkan sebawang ulam yang ada)
1 cekak pucuk ulam raja
2 helai daun cekoq
3 batang serai
1 kuntum bunga kantan
8-10 tangkai daun kesom
1 ikat daun gajus (~ 10 helai)
3 helai daun limau purut
Bahan C (digoreng garing dan ditumbuk hancur)
Ikan gelama masam
sedikit isi ikan talang
Bahan D (ditumbuk hancur tetapi tidak sampai menjadi serbuk)
1 sudu teh lada hitam (*saya tambah)
1 sudu teh lada putih (*saya tambah)
1/2 cawan beras (dibasuh dan disangai / *saya tambah)
2 inci lengkuas
Bahan E
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
1 camca besar kerisik
sedikit garam
Bahan F
1 mangkuk ikan bilis(di goreng sehingga ranggup)
Cara-Cara Menyediakan nya:-
1. Satukan bahan B,C,D dan E kedalam mangkuk yang besar dan gaul sehingga bercampur sekata.
2. Masukkan nasi yang telah disejukkan dan sekatakan lagi.
3. Semasa menghidangkan, taburkan dengan ikan bilis goreng.
* Selamat Menjamu Selera ...
Wednesday, 10 February 2016
Sambal Pedas PETAI LIMAU KASTURI
Assalamualaikum...
Sambal Petai !
aduhai !
memang laju aja makan nasi
sejak akhir-akhir ni bila masak sambal tumis saja, saya akan gunakan limau kasturi berbanding jus asam jawa.
aroma limau kasturi memang mengancam selera saya
Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis.
2 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris nipis atau ditumbuk)
Bahan B (di blend halus)
10 biji cili kering
15 biji cili padi merah
sedikit air
sedikit belacan
Bahan C
Segenggam ikan bilis
Biji Petai (dari 3-4 tangkai)
1 kiub pati Ikan bilis 'KNOR'
1/2 sudu besar gula halus (untuk mengimbangkan rasa pedas)
Sedikit garam
1/2 sudu besar gula halus (untuk mengimbangkan rasa pedas)
Sedikit garam
2 ulas bawang besar(di hiris tebal)
Jus limau Kasturi (dari 2-3 biji)
2 genggam ikan bilis (digoeng sehingga garing) untuk menambah lebih 'KICK' !
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan dan semerbak harum.
3. Masukkan bahan B dan C. Masak dengan api yang sederhana sehingga terbit minyak dari masakan dan sambal menjadi pekat.
4. Sebelum angkat masukkan bahan D.
5. Tabur Ikan bilis goreng dalam semasa menghidangkan lauk ini.
* Selamat menjamu selera .....
Saturday, 6 February 2016
KEPAK AYAM SAMBAL BALI... yummy sedap !!!
Assalamualaikum..
Ramai dah mencuba resepi ini yang dikatakan begitu enak sekali.
Resepi yang dah viral dari rakan FB
Jadi apa lagi teringin juga nak merasa nya
Amboii sedap sekali !
Patut lah...
Terima Kasih Aisha Shukor
Oleh kerana saya masak dalam kuantiti sedikit jadi saya adjustkan bahan-bahannya
Bahan A
10 ketul kepak ayam
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan B
3 batang serai (yang besar /diketuk lebam)
3 tangkai daun kari
Bahan C (Mesin halus)
15 biji cili kering
2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
1/2 inci halia
sedikit belacan(setengah ibu jari)
Bahan D
Kicap Manis Kipas Udang
1 sudu teh(penuh) gula putih (saya kurangkan gula sebab kurang menggemari lauk yang manis, tambahan masakan ini telah menggunakan Kicap Manis)
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ayam diperap dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 1/2 masak dan angkat.
* Saya tutup tudung kuali semasa menggoreng untuk memastikan isi ayam masak didalam dan texture ayam sentiasa moist.
3. Angkat dari kuali.
4. Dengan menggunakan minyak yang sama (kurangkan jika minyak berlebihan), tumis serai sehingga naik baunya.
5. Masukkan daun kari dan goreng sehingga garing dan wangi.
6. Masukkan bahan C yang telah dimesin halus . Masak dengan api yang sederhana sehingga naik bau dan terbit minyak yang berlenangan.
7. Masukkan bahan D (Renjis kicap manis anggaran 5 kali renjis) untuk mendapatkan warna 'merah maroon' dan ratakan.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Teruskan memasak anggaran 10 minit dan boleh lah dihidangkan.
Selamat Menjamu Selera ...
Monday, 1 February 2016
DAGING GORENG KUNYIT... KELANTAN
Assalamualaikum...
Dah buntu nak masak apa dengan daging..
goggle-goggle internet dapat resepi ini Daging-goreng-kunyit-kelantan dari blog enyabdullah.
Sedap nyaaaaaa !
Daging nya lembut dan sangat terasa garam nya.
Jom kita tengok resepi
Saya masak dalam kuantiti separuh dari resepi asal saja.
Bahan A
300 gm daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 inci halia - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
Air
Bahan C
Minyak secukupnya
2 biji bawang besar
Kacang panjang
Cili merah - hiris nipis
Cara-Cara Menyediakan nya:-
Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.
Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!
Sedap nya .....