Assalamualaikum...
Sambal Petai !
aduhai !
memang laju aja makan nasi
sejak akhir-akhir ni bila masak sambal tumis saja, saya akan gunakan limau kasturi berbanding jus asam jawa.
aroma limau kasturi memang mengancam selera saya
Bahan A
Sedikit minyak untuk menumis.
2 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris nipis atau ditumbuk)
Bahan B (di blend halus)
10 biji cili kering
15 biji cili padi merah
sedikit air
sedikit belacan
Bahan C
Segenggam ikan bilis
Biji Petai (dari 3-4 tangkai)
1 kiub pati Ikan bilis 'KNOR'
1/2 sudu besar gula halus (untuk mengimbangkan rasa pedas)
Sedikit garam
1/2 sudu besar gula halus (untuk mengimbangkan rasa pedas)
Sedikit garam
2 ulas bawang besar(di hiris tebal)
Jus limau Kasturi (dari 2-3 biji)
2 genggam ikan bilis (digoeng sehingga garing) untuk menambah lebih 'KICK' !
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang keperangan dan semerbak harum.
3. Masukkan bahan B dan C. Masak dengan api yang sederhana sehingga terbit minyak dari masakan dan sambal menjadi pekat.
4. Sebelum angkat masukkan bahan D.
5. Tabur Ikan bilis goreng dalam semasa menghidangkan lauk ini.
* Selamat menjamu selera .....
kalau sambal petai mmg tkdpt ditolak ni Fha kalau jumpa tenghamalm pun tingin nk mkn nasik hahaha
ReplyDeletesaya ingat saya sorang bangun tengah malam makan nasi lagi... hehehe..
DeleteSETUJU...JUS LIMAU KASTURI ATAU LIMAU NIPIS BAGI SAYA LEBIH MENGANCAM BERBANDING ASAM JAWA HI HIHIII....
ReplyDelete