Friday, 25 March 2016

KARI KEPALA IKAN.... Pekat, melekat, memikat yang sungguh sedap ! Walau pon hari panas, yang ini lagi panas !!!


Assalamualaikum dan Salam Jumaat

Semalam masak kari kepala ikan.
Puas sangat makan...
Kalau nak beli ada lah dekat RM 60 ++ kot tengok pada saiz kepala.
Kalau sedap tak apa lah juga, 
Tapi muskil juga tentang kebersihan, biasa lah kedai mamak kan...

Kari kali ini saya masak lebih pekat dari biasa
lebih harum !!
lebih masam !!
lebih umphh !!
lebih terangkat !!
sedap makan dengan nasi yang panas berasap...
colek-colek... palit  palit dengan nasi panas
fuhh !!
walau pon cuaca panas, tak jadi halangan
janji sedap 


Bahan A (Bahan tumis) 
Minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (di hiris nipis / tumbuk lebam)
1 biji bawang besar atau 6 ulas bawang merah kecil (di hiris nipis/tumbuk lebam)
3/4 sudu besar halba campur

Bahan B (Bancuhan Rempah)
4 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan  (Saya guna BABAS)
5 keping asam gelugor (menggantikan asam jawa yg kehabisan stok)
sedikit garam

Bahan C
1/3 kotak santan pekat(kotak kecil)
2 gelas air biasa

Bahan D
1 biji kepala ikan bersais sederhana (dibelah 2 dan dipotong menjadi 3 atau 4 ketul bergantung kpd saiz)

Bahan E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
1/3 pokok daun bawang di kerat panjang ~ 2 inci
6 biji cili padi hijau (menggantikan cili hijau)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan 1/2 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau sehingga bawang bertukar hampir keperangan dan berbau harum.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila rempah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan rempah masak dengan perlahan dan menjadi pekat dengan minyak bergeledangan yang banyak. Teruskan memasak lagi selamat 5 minit untuk memastikan rempah betul-betul masak. Setiap 5 minit di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan C dan sebatikan dengan rempah sebelum mamasukkan Ikan.
6. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. Pastikan jangan dibiarkan kari mendidih terlalu lama.
7. 5 minit sebelum angkat, masukkan bahan E.

Saperti biasa 
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera ...



Tuesday, 22 March 2016

TELUR SOTONG Restoren Mamak


Assalamualaikum ...

Kalau makan di restoren mamak memang lauk ini jarang saya tinggal
suka sangat makan telur sotong goreng stail mamak ini

kebetulan pulak hari tu saya ke pasaraya ORY
terperasan ada dijual telur sotong yang disejuk beku
memang dah lama mencari,
selama ini  ingatkan telur ini boleh didapatkan di pasar-pasar basah biasa ja
patut lah cari tak pernah jumpa

Sambar sepeket nak cuba masak stail mamak.
menjadi...
sedap...

Telur sotong ni kita hanya perlu jirus dengan air yang mengalir untuk membersihkan nya
Tak boleh kasar-kasar risau takut hancur pulak.
Terfikir.... kat restoren mamak tu dia orang basuh ke tidak ?
ragu pula kebersihan nya.......

Jom kita kedapur

Bahan A (diperap 1/2 jam)
1 paket telur sotong anggaran 500 gram
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit garam
sedikit kunyit

Bahan B
sedikit minyak
2 tangkai daun kari
10 biji cili kering
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis daun kari dan cili kering. Goreng selama 1 minit untuk memastikan cili kering 1/2 garing dan daun kari sedikit layu.
2. Terus masukkan bawang besar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Masak selama 4-5 minit lagi.
3. Masukkan telur sotong, ratakan sebentar dan tutup tudung periuk unntuk memastikan telur masak sempurna.
 Elakkan terlalu kerap mengacau untuk mengelakkan telur hancur.

* Selamat menjamu selera ...

Monday, 21 March 2016

Ikan Goreng Sambal Hijau


Assalamualaikum semua...

Rasa macam dah lama tak makan lauk ikan goreng ber' Sambal
Belek-belek dalam peti sejuk beku masih ada ikan kembong
tapi cili padi macam kurang je...

jadi pagi-pagi sempat keluar ke pasar tani semata-mata nak cari cili padi
saya memang suka cili padi merah yang lebih pedas berbanding hijau
biasa nya kalau kepasar besar BM atau pasaraya tesco memang ada ni
tapi di pasar tani pagi, kalau nasib baik ada lah tu
dah cari... yang ada hijau. OK lah dari tiada

Jom kedapur ...

Bahan A (perap 1/2 jam)
12 ekor ikan kembong
sedikit kunyit
sedikit garam (tidak perlu banyak sebab dalam kuah nanti akan dimasukkan garam)

Bahan B (Blend halus tanpa air. Minyak dah mencukupi)
40 biji cili padi hijau (Saya masukkan juga tangkai nya. Petua orang tua untuk elakkan buasir)
belacan sebesar ibu jari
3 biji bawang besar
1/3 cawan sedikit minyak masak

Bahan C
4 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor
1 sudu teh serbuk 'Secukup Rasa' Maggie
sedikit garam
1/2 cawan air

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Goreng ikan yang diperap bersama garam dan kunyit sehingga garing dan diangkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (Minyak jika terlalu banyak boleh lah dikurangkan. Tetapi jangan terlalu sedikit kerana kita perlu untuk menggoreng bawang/cili yang telah diblend tadi), Tumis daun kari sebentar, kemudian terus masukkan bahan B, asam keping, serbuk perasa dan garam.
3. Masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat dan bawang 'masak dengan sempurna'.
4. Pada peringkat ini baru masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia mendidih kembali.
5. Angkat dan curahkan atas ikan yang telah digoreng tadi.
   * Atau masukkan ikan kedalam kuah, balik-balikkan dan terus diangkat dari kuali.

* Selamat menjamu selera ...

Friday, 18 March 2016

Roti KRABI yang amat menyelerakan


Assalamualaikum dan Salam Jumaat

Pernah makan Roti Krabi ?
Aroma minyak sapi yang dimasak bersama roti menaikkan lagi selera untuk bersarapan pagi.
Sebagai minum petang pon sedap bersama dengan teh O panas.
Kalau ada lebihan roti canai boleh lah kita sediakan roti ini
Tapi selalu nya saya beli roti canai semata-mata nak makan roti Krabi....

Nak menyediakan nya pon tak susah
Sekeping cukup mengenyangkan perut untuk seorang
Kalau ramai tu kena lah masak lebih, jika tidak nanti berebut pula

Adunan Resepi ini adalah untuk sekeping roti

Bahan A
1 keping roti canai (di buka lapisan roti mejadi kepingan kepingan yang nipis)
1/2 sudu besar minyak sapi Ghee Blend

Bahan B (Di satukan dan dikocak)
2 biji telur ayam
2 tangkai daun sup (dipotong sederhana tebal)
1-2 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
5 biji cili padi (dihiris).. boleh dikurangkan
1/2 sudu besar bawang goreng
sedikit lada hitam (ditumbuk)
sedikit lada putih (ditumbuk)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan kuali leper.  
2. Ratakan separuh dari minyak sapi pada dasar kuali dan letakkan/atur separuh dari kepingan roti dalam kuali. 
3. Kemudian tuangkan separuh dari adunan B.
4. Aturkan  separuh lagi kepingan roti canai di ikuti dengan separuh lagi adunan B.
5. Tutup tudung kuali supaya telur masak dengan sempurna dan masak dengan api yang perlahan.
6. Bila agak bahagian bawah hampir garing boleh lah diterbalikkan.
7. Letakkan separuh lagi minyak sapi pada dasar kuali dan pastikan minyak ini sampai pada bahagian bawah roti dengan memusing-musing ia didalam kuali.
8. Apabila bahagian bawah sudah bertukar keperang atau hampir garing boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Wednesday, 9 March 2016

Sayur Lemak Sambal Belacan.. sungguh sedap. Dari hasil tuaian tanaman di belakang rumah


Assalamualaikum

Menu sayur untuk hari ini adalah dari hasil tanaman sendiri dibelakang rumah secara sambil-sambilan
Sayur sawi dan sayur kucai !

Kita masak ...
Sayur Lemak Sambal Belacan... Memang sedap
Agak-agak boleh simpan sikit ke untuk makan malam nanti ?

Jom kita terjah resepi nya ye..

Bahan A (ditumbuk 3/4 hancur)
4 biji cili padi merah
1 inci belacan
sejemput ikan bilis

Bahan B
1 paket anak jagung
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1 keping  tauhu (dipotong  kiub)
2 keping fish cake
1/2 kotak santan
1/4 kiub pati ikan bilis
sedikit air sebagai kuah
sedikit garam

Bahan C
Segenggam kucai
Anak sawi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan semua bahan A dan B kedalam periuk dan masak dengan api perlahan. Dikacau selalu untuk memastikan santan tidak pecah minyak.
2. Apabila hampir mendidih, masukkan bahan B dan ratakan. Biarkan sebentar sahaja diatas api dan terus diangkat untuk mengelakkan sayur terlebih masak.


* Selamat Menjamu Selera ...

Monday, 7 March 2016

Bihun Sup FAIZA... memang sedap !!


Assalamualaikum 

Dalam penyediaan sup atau mee, kesedapan kuah memang amat penting.
Sedap kuah nya... maka sedap lah mee tersebut.
Yang lain menjadi pelengkap sahaja.

Semalam saya menyediakan Bihun Sup untuk tengahhari.
Sedap betul sup yang saya sediakan untuk kali ini !

Kebetulan dah lama tak masak menggunakan rempah keluaran 'Faiza'
Pernah guna sup keluaran jenama X beberapa kali tapi tak lah sesedap yang ini
Padahal sup yang saya masak amat simple saja
Tapi rasa sup nya memang umphh !! mengikut selera saya

Kebetulan juga
...Tak ada taugeh
...Tak ada daun bawang 
...Tak ada bawang goreng
Tapi
...Habis juga lah seperiuk
sekejap sahaja 

Jom kita terjah sup simple yang dimakan dengan bihun
Penyediaankan sup sama saperti biasa

SUP

Bahan A
3 sudu besar minyak(untuk menumis)
1 biji bawang besar / 6 ulas bawang merah(dihiris nipis) 
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 inci halia (dihiris nipis)
2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan B
2 sudu besar (penuh) rempah sup 'Faiza'
1/2 ekor ayam (dipotong mengikut saiz kesukaan)
1 biji ubi kentang yang bersaiz besar (dipotong 8)
1 kiub pati ayam 'Maggie'
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3/4  periuk air (saiz rice cooker)
sedikit garam

Bahan C (direndam 30 minit dan dicelur sekejap sahaja)
1 bungkus bihun (saya guna jenama 'Jamine' kerana bihun ini tidak hancur selepas direbus)
1 sudu teh kunyit serbuk

Bahan D
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah/Cili Padi
Fish cake (saya rebus seketika)
Tomato biji
Taugeh

Cara-Cara Penyediaan Sup
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga terbit bau yang harum dan bawang bertukar keperang-perangan.
2. Masukkan rempah sup, goreng sekejap anggaran 30 saat dan terus masukkan air dan kesemua bahan B.
3. Masak sehingga kuah mendidih dan boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

Simple kan ...

* Selamat Menjamu Selera ...