Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..
PERIA..
Selain dari digoreng, sedap juga kalau di buat kari.
Tambahkan sedikit udang hidup memang kena sangat lah tu.
Rasa nya memang sedikit pahit tetapi bila dimasak dalam masakan berair, pahit nya tetap berada dalam buah itu tersendiri, yakni ia tidak larut didalam kuah.
Jadi kita tidak perlu risau kalau-kalau masakan kita akan terasa pahit nya nanti.
Saya tambahkan sedikit udang segar untuk menerbitkan kemanisan dan kelemakan udang dicelah-celah kepahitan sayuran hijau ini.
Memang saya suka !
Sumber :HERBA DAN TUMBUHAN
1. Haus kerana panas dalaman, demam, heat stroke (pengsan kerana kepanasan):
Sebiji peria mentah yang masih segar dicuci bersih, lalu dibelah. Buang isinya, potong-potong secukupnya, lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sehingga menjadi 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum.
2. Diabetes / KencingManis:
a. 200 g buah peria segar dicuci bersih lalu dikisar. Tambahkan air minum secukupnya, lalu diperah dengan sepotong kain sampai terkumpul sebanyak 50 ml (seper-empat gelas). Perahan dihangatkan dengan api kecil selama 15-30 menit. Setelah sejuk diminum. Lakukan setiap hari.
b. 200 g buah peria dicuci bersih lalu dihiris tipis-tipis. Rebus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, airnya diminum. Lakukan setiap hari.
3. Disentri (penyakit darah, cirit-birit):
Buah peria segar dicuci lalu dibelah, isinya dibuang. Parut atau dibuat jus, airnya diminum. Segera minum air kosong. Satu kali minum 200 cc.
4. Amoebic dysentery, cirit-birit:
Ambil akar peria yang masih segar sebanyak 30 g. Bersihkan lalu dipotong mengikut keperluan. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Setelah sejuk disaring, tambahkan gula secukupnya lalu diminum.
5. Jangkitan cacing pada kanak-kanak:
a. Daun segar sebanyak 7 g, diseduh (rendam agar menyerap) dengan 1/2 cawan air panas. Setelah sejuk ditapis, tambahkan 1 sudu teh madu. Kacau hingga rata, minum sekaligus sebelum makan pagi.
b. Ambil dua sampai tiga biji peria. Giling sampai halus, campur sedikit air masak. Minum, disusul dengan minum air hangat. Ramuan ini untuk mengubati jangkitan cacing gelang.
6. Menyuburkan rambut yang nipis dan kemerahan:
a. Ambil segenggam daun peria, cuci bersih. Daun kemudian ditumbuk hingga menjadi seperti bubur, tambahkan air 3/4 gelas. Ramuan ini kemudian diperap semalaman. Pagi-pagi ramuan ini ditapis, air nya digunakan untuk membasuh kulit kepala.
b. Ambil daun peria yang masih segar secukupnya, lalu dicuci bersih. Daun peria tadi ditumbuk sampai halus, lalu diperah dengan sepotong kain. Air nya digunakan untuk disapukan pada kulit kepala. Lakukan setiap hari. Ramuan ini sesuai digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.
7. Bisul, Bengkak Bernanah (Abses):
Ambil segenggam daun peria, cuci bersih lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin ditapis, air nya diminum.
8. Demam, malaria, sakit berkaitan hati, sembelit, jangkitan cacing:
Segenggam penuh daun peria dicuci bersih, lalu ditumbuk halus. Tambahkan 1 cawan air masak, dikacau rata lalu disaring. Air saringannya ditambah sedikit garam, lalu diminum pada pagi hari sebelum makan.
9. Kencing bernanah:
Ambil 6 helai daun peria, 2 urat akar jayanti (Sesbaniasesban Merr.), 2 keping kulit kemboja, 1 ulas rimpang temulawak, 3 ketul gula enau (sugar palm), semua herba dicuci dan dihiris kecil mengikut keperluan. Rebus dengan 4 gelas air, dicampurkan dengan gula, ditapis dan diminum.
KEUTAMAAN PENGGUNAAN
Daun / batang:
1. untuk kanser
2. Untuk jangkitan virus (HIV, herpes, Epstein Barr, hepatitis, influenza, dan campak)
3. Untuk jangkitan bakteria (Staphylococcus, Streptococcus, dan Salmonella)
4. Sebagai pembantu pencernaan pahit (untuk gangguan pencernaan (dyspepsia) dan pencernaan kurang sempurna (sluggish digestion)
5. untuk kencing manis
Buah / biji buah:
1. untuk kencing manis
2. Untuk kolesterol tinggi dan tahap asid lemak (triglyceride)
3. Untuk ulser H pylori.
4. Sebagai pembantu pencernaan pahit untuk gas usus, kembung, sakit perut, dan pencernaan perlahan
5. Untuk parasit usus
Jom kita risik-risik resepi pulak..
Bahan A
2 ulas bawang merah (dimayang nipis)
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
Bahan B (Disatukan dan dijadikan pes)
2 sudu besar penuh 'Rempah Kari Udang (Boleh digantikan dengan Rempah Kari Ikan)
2 keping asam gelugor
1 ulas bawang merah (dimayang nipis)
1 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 sudu teh lada hitam serbuk
Sedikit air
Bahan C
1 mangkuk santan cair
Bahan D
2 biji peria katak yang bersaiz panjang. Jika yg bersais kecil boleh lah guna 4-5 biji (Dibelah 2, dibuangkan biji dan empulur dan dipotong setebal 1/2 inci)
Bahan E
1 biji bawang besar (belah 4)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kesemua bahan A sehingga bertukar keperangan dan berbau aroma daun kari yang harum.
2. Masukkan bahan B dan masak dengan api yang perlahan sehingga terbit minyak yang bergelidangan dalam periuk. Pada peringkat ini kacau-kacau selalu supaya rempah tidak berkerak.
3. Masukkan bahan C dan kacau supaya santan bersatu dengan rempah dengan sempurna.
4. Masukkan bahan D dan teruskan memasak sehingga kuah mendidih semula.
5. Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan bahan F.
5. Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan bahan F.
* Selamat Menjamu Selera ...
Salam Singgah. sedap2 menu di dalam blog ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Blog Nina pon mengancam juga resepi nya tu..
DeleteMmmm... selalu jumpa peria masak kari di kedai mamak... sedap makan dengan nasi panas!
ReplyDeleteBetul tu Amie.. Buat lagi semalam khas untuk berbuka Puasa
Delete