Wednesday, 1 June 2016

CURRY KEMBONG .. yang kaw-kaw marvelous !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Hari ini saya kongsi resepi kari ikan yang marvelous
Rempah yang saya gunakan saperti biasa rempah kari ikan babas
Rempah ini kalau anda perasan ada 2 jenis... yang 'biasa' dan 'lebih pedas'
Bagi saya kalau ada yang stok 'lebih pedas', maka ini akan menjadi pilihan utama saya kerana campuran dalam serbuk rempah ini adalah lebih wangi dan lebih terasa berbanding yang biasa tu.
Tapi ..
Kalau tak ada jangan bimbang yang 'biasa' pon boleh menjadikan kari kita 'umphh' sama saperti yang satu lagi tu
Cara nya..
Tambahkan sendiri 1 sudu teh serbuk jintan manis, 1 sudu teh jintan putih dan 1 sudu teh lada hitam atau lada putih.
Memang semerbak harum kari kita nanti.
Percaya lah..
Alhamdulillah memang sedap !
Tak sabar nak makan  .........



Bahan A (Bahan tumis)
1/3 cawan minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3/4 sudu besar halba campur

Bahan B (Bancuhan Rempah)
3 sudu besar 'penuh' Rempah serbuk Kari ikan  (Saya guna BABAS)
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada putih (ditumbuk)
asam jawa sebesar 2 ibu jari (ambil jus nya. perah 3 kali)
sedikit garam

Bahan C
1/3 kotak santan pekat(kotak kecil. saya guna m&s)
2 cawan air biasa

Bahan D
6 ekor ikan kembong yang bersaiz besar

Bahan E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
12-15 biji kacang bendi
1 biji tomato biji di belah 2
1/3 pokok daun bawang di kerat panjang ~ 2 inci
6 biji cili padi hijau (* kalau ada cili hijau biasa lagi sedap)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
3. Apabila rempah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan rempah masak dengan perlahan dan menjadi pekat dengan minyak bergeledangan yang banyak.
4.Setelah rempah pekat, saya goreng lagi rempah itu tambahan masa anggaran 10 minit  untuk memastikan rempah betul-betul masak. Pastikan kerap di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan C dan sebatikan dengan rempah.
6. Masukkan Ikan dan kesemua bahan E. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. Pastikan jangan dibiarkan kari mendidih terlalu lama.

Saperti biasa
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera ...

No comments:

Post a Comment