Thursday, 23 June 2016

NASI LEMAK GORENG TOMYAM ......Juadah hari ke-17 Ramadhan 1437 Hijrah


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum,
Salam Ramadhan
Dan Salam Nuzul Al-Quran untuk semua...

2,3 hari kebelakangan ni, sana-sini dah pon kedengaran lagu-lagu raya berkumandang terutama nya dipasaraya-pasaraya.
Tentu ramai yang dah sibuk dan mula menyediakan kuih-kuih raya kan.
Rakan-rakan alam maya pon ada yang dah mula pos biskut-biskut yang disediakan.

Saya....
Tak tahu lah nak buat atau pon mungkin beli saja.
Kalau buat pon mungkin 1,2 jenis.
Tu pon kalau tersesat kerajinan mem'biskut.

Sebab biskut-biskut ni isi rumah kureng sikit makan.
Lebih kepada nasi dan lauk pauk aja.

Semalam saya menyediakan juadah NASI LEMAK GORENG TOMYAM.
Nasi yang digoreng bukan lah nasi putih biasa tetapi nasi yang dimasak special dengan sedikit rempah dan santan menjadikan ia sedikit berlemak dan beraroma.
Alhamdulillah memang sedap.

Teringat pula zaman semasa belajar di USM dahulu.
Ada salah satu gerai di DesaSiswa Bakti disitu yang menjual Nasi Goreng.
Memang laku sangat kedai tu.
Nak makan kena tunggu berjam juga lah !

Perbezaan nasi goreng disitu adalah nasi yang digunakan bukan nya nasi putih biasa tetapi nasi yang dimasak dengan sedikit rempah-rempah yang bewarna kekuningan menjadikan ia nya begitu menarik dan sedap sekali.
Tak pasti masih ada lagi ke tidak gerai itu ...



Bahan A
2 cawan beras
3 cawan air (bergantung kepada jenis beras yang digunakan).
  * Pastikan nasi yang akan dimasak sedikit keras dari biasa supaya ia cantik dan enak apabila digoreng.
1/2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1 inci halia (diketuk kasar)
1/2 camca teh lada hitam
2 helai daun pandan
secubit halba sahaja
sedikit garam

Bahan B
1 camca besar butter
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 batang serai (diketuk lebam)
2 helai daun limau purut(dikoyak-koyak)
8-10 biji cili padi (diketuk)
2 camca besar cuka makan
1 kiub Tomyam
8-10 ekor udang yang bersaiz besar
sedikit sayuran (putik jagung, kubis,kubis bunga, tomato segar)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan masak saperti nasi biasa.  Sejuk dan seroikan ia.

2. Panakan butter dalam kuali dan tumis bawang putih dan serai sehingga naik aroma.
3. Masukkan cili padi, cuka dan sedikit air (jika terlalu kering).
4. Masukkan kiub tomyam, daun limau purut dan udang. Ratakan. (Udang jangan terlalu masak)
5. Masukkan sayuran dan garam.
6. Akhir sekali masukkan nasi, ratakan dan perasakan jika kurang.

* Selamat Berbuka Puasa ...

4 comments: