Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...
Pada 21 Ramadhan saya sediakan 'Pulut Kunyit' dan 'Rendang Daging Rempah Mekah'
Buat kenduri ala-kadar juga sebagai juadah berbuka untuk hari itu.
Ya lah diri sendiri pon mesti di raikan juga, tidak perlu menunggu orang lain untuk meraikan diri kita....kan.
Alhamdulillah target saya untuk melengkapkan bacaan Al-Quran dalam bulan puasa ini tercapai juga.
Alhamdulillah...
Selepas menyertai Group Ngaji secara WSAP dulu saya telah siap Khatam pada 3/4/2016.
Dan seterusnya saya terus berazam untuk khatam pula pada bulan Ramadhan tahun ini lagi.
Sebenar nya kalau nak diikutkan saya pernah cuba menghabiskan bacaan Al-Quran dibulan puasa sebelum-sebelum ini.
Tapi hanya setakat 3,4 juzuk saja, lepas itu vitamin malas, letih dan sebagai nya semua datang dalam diri ini.
Tahun demi tahun macam tu lah..impian tu ada, tapi selalu hanya separuh jalan sahaja.
Alhamdulillah pada tahun ini saya cuba lagi...
Syukur setelah menyertakan kumpulan Ngaji secara WSAP sedikit sebanyak saya dapat rasakan perubahan dalam diri begitu ketara dimana sebenar nya tak sesusah mana pon nak habiskan satu juzuk demi satu juzuk.
Paling sikit, paling-paling malas atau berurusan ... cuba habiskan 1 mukasurat sehari.
...walaupon target dalam diri adalah 10 muka.
Tapi kalau kita boleh habiskan bacaan 10 msurat sehari, Cukup 2 hari kita dah boleh siapkan 1 juzuk.
Sebab 1 juzuk ada 20 mukasurat.
Kalau nak habiskan 1 juzuk sekali baca kadang terasa amat begitu lama.
Jadi cuba bahagikan kepada 4 msurat selepas solat, jadi 1 hari dah 1 juzuk .
Atau selepas solat 2 msurat, jadi 2 hari dah siap 1 juzuk.
Untuk bulan Ramadhan ini saya dah mulakan awal ia-itu sebaik siap bacaan terdahulu sebab risau juga takut-takut keletihan.
Syukur...alhamdulillah.
Cuba memperbaiki diri dan berubah kepada yang lebih baik. In Sya ALLAH. Aminn...
Berbalik kepada resepi 'Rendang Daging Rempah Mekah' ini, saya masak menggunakan rempah ratus yang saya beli tahun lepas semasa mengerjakan umrah.
Salah satu ole-ole untuk diri sendiri dari Mekah..
Bila masak semua yang ada boleh rasa....
Kebisaan nya ole-ole yang kerap dibeli dari sana adalah buah kurma, tapi saya tak.
Saya cari rempah sebab bagi saya buah kurma dah banyak didapati dinegara kita.
Kedai yang menjual rempah ini bukan nya saperti kedai rempah ratus macam dinegara kita a.k.a kedai mamak yang ada macam-macam jenis rempah tu.
Deretan kedai tepi jalan yang menjual kurma, kadang tasbih, barang-barang cenderahati, kalau kita perhatikan ada juga menjual buah pelaga, dan sedikit rempah-ratus... tak banyak pon untuk kegunaan masak.
Kena rajin belek dan kerap bertanya pada penjual disitu.
Hanya rempah ini saja ada dan boleh diguna untuk memasak.
Dah dibungkus siap-siap dalam plastik
Harga nya tak mahal, kalau tak silap lebih kurang RM 20 sebungkus.
Sedap ...saya dah cuba juga untuk masak nasi sebelum ini.
Kali in saya masak untuk rendang pula.
Bahan A
400 gram daging lembu (dipotong mengikut saiz kesukaan)
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
2 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
1 keping asam gelugor
garam
Bahan B
1/2 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Bahan C (diblend sehingga halus)
2 camca besar rempah 'Mekah' (boleh guna rempah daging biasa yang kurang pedas)
2 biji bawang besar
1 inci halia
2 inci lengkuas
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang (dibuang biji)
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai yang besar
10 biji cili kering
10 biji cili padi merah
2 biji buah keras
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan pekat
6 helai daun limau purut
3 camca besar minyak masak
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak sapi dan tumis bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan kesemua bahan kisar, asam keping, daging dan rebus dengan api sederhana sehingga rempah menjadi pekat, daging empuk dan terbit sedikit minyak.
3. Oleh kerana saya menggunakan santan kotak, jadi minyak akan kurang terbit, oleh itu saya masukkan 2 camca besar 'penuh' minyak sapi .
Tetapi Jika minyak terbit banyak dari santan, memadai masukkan 1 camca besar sahaja.
4. 5 mint sebelum angkat, masukkan hirisan daun kunyit.
PULUT KUNYIT
Bahan A
1 kilo Pulut Susu
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun pandan
Bahan B
~ 400 gram Santan Pekat
Sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh pulut bersih-bersih, kemudian rendam dengan pewarna atau serbuk kunyit semalaman atau sekurang-kurangnya 9 jam.
2. Toskan air rendaman, kemudian jirus dengan air mengalir untuk mengeluarkan lebihan pewarna.
3. Panaskan periuk kukus. Masukkan pulut yang telah ditoskan kedalam bekas tahan panas. Ratakan pulut pada dasar dan dinding bekas (jika boleh) untuk mendapat ketebalan pulut yang sekata supaya ia cepat masak.
4. Masukkan daun pandan dan kukus selama 30 minit dengan api yang sederhana besar.
5. Keluarkan bekas yang berisi pulut tadi dari periuk kukus, masukkan separuh dari santan (yang bercampur garam) dan ratakan. Kukus semula selama 20 minit.
6. Keluarkan bekas yang berisi pulut untuk kali kedua, masukkan baki santan, ratakan dan kukus kembali selama ~ 1 jam.
7. Angkat, masukkan kedalam acuan dan kejapkan supaya ia mengikut bentuk acuan.
* Selamat Berbuka Puasa...
sedapnyer...
ReplyDelete