Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...
Juadah untuk berbuka untuk hari ke 11 Ramadhan...
TERUNG GORENG & SAMBAL BAWANG BUDU di makan dengan ikan bilis goreng rangup !
Lauk yang begitu mudah sekali menyediakan nya tapi saya boleh tambah nasi berpinggan-pinggan
Tak sedar pon !
Bahan A
Sedikit minyak untuk menggoreng
Beberapa biji Terung (dibelah 2)
1 cawan Ikan bilis
Bahan B
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 biji limau kasturi (dibelah 2)
3 camca besar 'Budu'
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit gula (optional)
Bahan C (diblend)
30 biji cili kering
8 biji cili padi merah
3 biji bawang besar
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan goreng terung 1/2 layu, angkat dan toskan nya.
2. Goreng ikan bilis dengan api yang perlahan sehingga garing, angkat dan toskan nya.
* Pastikan ikan bilis tidak dibasuh terlalu awal untuk memastikan ia ranggup apabila digoreng.
3. Cili kering dipotong kepada potongan 2 atau 3 dan direbus seketika untuk mengelembutkan nya disamping untuk mengeluarkan kotoran (jika ada) dalam cili.
4. Masukkan dalam periuk dan rebus. Toskan air nya dan bilas dibawah air yang mengalir.
5. Blend cili kering bersama cili padi sehingga halus.
6. Masukkan potongan bawang besar dan diblend kasar.
7. Panaskan sedikit minyak gorengan ikan bilis.
8. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
9. Masukkan cili dan bawang yang telah diblend, budu, sedikit pati ikan bilis dan gula.
10. Masak dengan api yang perlahan sehingga sambal pekat dan terbit minyak yang bergelidangan.
11. Masukkan Jus dan potongan limau kasturi.
12. Siap untuk dihidangkan.
* Selamat Berbuka Puasa
waah, sedap sangat ni.. kalu doh budu, kena pulok terung goreng.. memang dok sedar tambah nasi berpinggan2.. hehehe..
ReplyDeletePn. Ruzita, saya pernah sekali beli budu semasa ke Rantau Panjang beberapa tahun dulu. Sedap sangat.
DeleteBudu cap ketereh juga tapi bukan gambar buah Gajus.
Dah cuba cari dipasaraya tapi tak jumpa.
Terliur bila teringat budu tu..
Tergoda! Seyes....
ReplyDeleteSaya pon tergoda dengan terung goreng. Menu kampong ja...
Delete