Friday, 30 September 2016

CUCUR BADAK YANG AWESOME ... Cukup lengkap semua rasa !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera semua ...

Memang lama tak makan cucur badak
Apatah lagi nak masak
Tapi dua hari lepas memang teringin sangat nak makan yang homemade
Memang kurang gemar yang dijual kerana jarang yang kena dengan selera..

Dalam penyediaan cucur badak, yang penting adalah inti nya kan !
Sedap inti.. sedap lah cucur badak tersebut.

Kadang tu yang dijual ada menggunakan hampas kelapa yang sekali perah kerana nak mengaut lebih keuntungan.
Atau menggunakan kelapa yang terlalu tua yakni isi nya sedikit kering.
Tapi tak semua penjual sebegitu tetapi bila sorang dua buat semua terkesan..

Nak sedap..pastikan kelapa parut itu adalah kelapa yang sedang-sedang, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda untuk mendapatkan isi yang sedikit lembap-lembap dan sedap
Jangan fikir semua kelapa mempunyai isi yang sama... lain tu

Juga jangan kedekut serai dan gula dalam penyediaan inti
Lebih aroma serai dan manis lebih sedap !
Tapi jangan lah terlalu banyak pula kan...

Masukkan sedikit jntan manis
Mak aiii..
Tak tau nak cakap apa
Kena buat baru tau.......

Kali ini inti nya memang marvelous !!!!
Kulit nya pula lembut ....







Bahan A
~1 Kilo ubi keledek merah (berat selepas direbus dan dibuang kulit). 
300 gram tepung gandum 
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk goreng tenggelam
20 ekor udang hidup (dibuang kepala sahaja)
1 camca besar tepung gandum
sedikit air

Bahan C (ditumbuk halus)
2 batang serai yang bersaiz besar. Boleh diambil hingga 4 inci dari  pangkal bawah (dihiris nipis)
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh jintan manis
sepeket kecil udang kering (anggaran 10-12 gram)
7 biji cili padi merah (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu pedas)
1 biji bawang besar

Bahan D
20-25 ekor udang hidup 'kecil' (dibuang kulit. Jika saiz besar boleh dipotong 2 atau 3)
150 gram kelapa parut (putih sahaja)
70 gram gula putih
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan inti
1. Tumbuk bahan C. Mulakan dengan yang agak keras dahulu kemudian disusuli dengan bahan-bahan lain hingga akhiran dengan bahan yang lembut. Saperti senarai bahan C, mulakan dengan serai, apabila dah lumat masukkan kunyit, kemudian jintan manis dan seterusnya.
2. Satukan kesemua bahan C dan D dalam kuali, digaul sehingga rata kemudian tutup tudung kuali  baru dinyalakan api yang perlahan.
3. Masak agak-agak 10-12 minit sahaja. Tak perlu lama pon kerana kita tak mahu inti kita kering.
* Jangan dimasukkan air

Cara-Cara Menyediakan kulit
1. Rebus ubi sehingga lembut, ditoskan air nya dan dikupas kulit.
2. Lenyek ubi sehingga hancur dan kemudian masukkan tepung gandum dan garam. 
3. Gaul sehingga rata. Jika rasa terlalu lembik boleh lah ditambahkan sedikit lagi tepung tetapi jangan terlalu banyak kerana kita tidak mahu kulit kita keras dengan tepung. Agak-agak sahaja.

Cara-Cara Menyediakan Cucur
1. Satukan tepung gandum dan sedikit air (bahan B) dan digaul sebati tujuan untuk melekatkan udang nanti.
2. Basahkan tangan dahulu, kemudian ambil sedikit adunan ubi anggaran 45 gram. Bulat-bulatkan ia kemudian leperkan atau lubangkan untuk memasukkan inti anggaran 1 camca teh 'penuh'.
3. Tutup inti dengan kemas supaya tidak bocor semasa menggoreng.
4. Ambil seekor udang dan celup/calit dalam bancuhan tepung, letak diatas cucur. dan tekan sedikit supaya melekat pada kulit.
5. Buat sehingga habis.
Basahkan tangan jika dapati ubi melekat ditangan semasa menyediakan cucur.

6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur. Pastikan masak sebelum dibalikkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

Tuesday, 27 September 2016

SUP AYAM PEKAT YANG SEDAP... manis bawang, lemak buah keras amat memikat selera !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..

Sup kali ini memang sedap sangat !!!
Dimasak pekat dengan penggunaan bawang merah yang banyak menjadikan kuah nya manis-manis bawang dan lebih beraroma kerana ia ditumis diawal tumisan.
Ditambah dengan kelemakan buah keras memang sedap ...

Dulu saya  memang jarang menggunakan buah keras dalam masakan harian keluarga.
Tapi semenjak diperkenalkan oleh pembantu rumah yang berasal dari Indon, memang saya macam dah terikut-ikut rentak masakan mereka.
Kadang tu jenguk-jengkuk juga apa yang dimasukkan semasa menumis, itu yang terperasan penggunaan buah keras.
Biasa nya ia akan digoreng sedikit lama bersama rempah-empah yang lain.
Hasilnya masakan akan menjadi lebih lemak dan sedap rasa nya..

Kali ini saya masak dengan ketulan isi ayam. Tapi kalau gantikan dengan kambing lagi sedap....
Dapat cecah dengan roti benggali memang kena sangat-sangat
Menggantikan nasi diwaktu tengah hari memang cukup-cukup mengenyangkan
Tambah pula ia dimakan semasa ia masih panas berasap 

Jomm.....


Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
Air secukup nya
1 kiub pati ayam
sedikit garam

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
4 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 inci halia(dihiris nipis)

Bahan C
3 biji buah keras (ditumbuk halus)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 camca besar 'penuh' rempah sup
1 batang serai (diketuk lebam)
5 biji cili padi merah (diketuk lebam)
sedikit air

Bahan D
Daun Bawang
Daun Sup
Limau kasturi
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis hirisan bawang besar sehingga layu dan beraroma.
2. Kemudian baru masukkan kesemua bahan B yang lain. Goreng sehingga bawang putih bertukar hampir keperangan.
3. Masukkan bahan C,  perlahankan api dan biar rempah masak dengan perlahan dan sempurna. Kacau-kacau selalu untu mengelakkan rempah berkerak.
4. Setelah minyak terbit dari rempah baru dimasukkan air dan besar kan sedikit api supaya ia mendidih.
5.  Masukkan ayam, garam dan bahan perasa. Masak sehingga kuah mendidih semula.
6. 5 minit sebelum angkat, masukkan sedikit hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
7. Tabur dengan tambahan bahan D sebelum dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

Monday, 26 September 2016

EMPING KELEDEK RANGGUP ... Masih lagi goreng-gorengan

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Masih lagi goreng-gorengan untuk minum petang.
Menghabiskan baki sebiji ubi keledek yang sudah dikupas kulit nya beberapa hari lalu.

Hari itu saya goreng pisang dengan sambal kicap untuk minum petang ...PISANG GORENG & SAMBAL KICAP 'GULA KABUNG' ... Ranggup Manis & KAW Sedap !
Pakat dok kata sedap belaka !

Jadi hari berikutnya saya goreng pula ubi keledek oren, ubi yang bersaiz besar juga.
Kupas beberapa biji.. last-last terperasan banyak pula, jadi simpan seketul dalam peti ais.
Jadi semalam operasi menggoreng baki ubi keledek ini lah.

Tapi kali ini saya potong nipis dengan alat pemotong.
Bila goreng tu lagi lah ranggup, tapi kurang lah terasa ubi keledek kerana ketebalan nya kecil.
Kalau goreng lagi lama lagi ranggup ... dah macam kerepek lah pula...
Ada yang saya goreng sedang-sedang, dan ada yang saya goreng sampai betul betul ranggup.
Kalau nak makan, boleh pilih mana yang suka !

Jomm...


Bahan A
3 camca penuh tepung sagu
3 camca penuh tepung beras (cap 1 gajah)
1 camca besar air kapur
sedikit putih telur (kali ini saya cuba menggunakan putih telur pula. Sayang pula nak buang baki tempoh hari.. OK juga kerapuhan nya) 
1/4 camca teh serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit air

Bahan B
Minyak secukupnya untuk goreng tenggelam
Ubi keledek secukup nya
1/4 camca teh baking powder

Bahan C


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ubi keledek dikupas kulit dan di hiris nipis. Saya gunakan alat pemotong khas sapert dibawah.



2. Panaskan minyak didalam kuali dan dalam masa yang sama satukan kesemua bahan A dalam mangkuk.
3. Bila minyak panas baru masukkan baking powder kedalam adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
4. Celup ubi kedalam tepung dan goreng sehingga keemasan baru diangkat keatas kertas serap minyak.

* Selamat Menjamu Selera ...

Sunday, 25 September 2016

CURRY KEMBONG YANG SEDAP ..... Bila HANG TUAH masuk dapur 'Me Ghe Ngit' aroma gulai !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Salam berhujung minggu bersama keluarga !

Sabtu..Semalam... pagi-pagi lagi saya dah keluar kepasar besar Bukit Mertajam nak borong ikan
Banyak pula ikan dijual. Kadang tu kurang ...
Ikan sardin sekilo RM 4.00...
Saperti biasa saya kan regular customer mereka, jadi dapat special price RM 3.50 sekilo khas untuk kucing-kucing kesayangan saya.

Sambil-sambil tu jenguk-jenguk juga ikan kembong untu dimasak kari
3 hari lepas dapat merasa semangkuk kari kembong dari jiran sebelah
Amboiii mak !
Aroma nya ! Mak Datok !
Mana boleh tahan...
Sedap yang amat !!!
Sampai kemalam ber' ulang makan

Last-last tanya apa rahsia nya ?
Pakai rempah apa ?

Hang Tuah ?
Eh kena cari ni ....
Jadi bila dah ke pasar terus ambil 2 paket kecil
khas untuk nak masak kari

Lain-lain rahsia ?
Ada masukkan aji ke ?
Tak ?
Tapi kenapa sedap sangat.... manis ....

Jawap nya...
Kan dulu MakNdak yang ajar cara nak masak kari... tambahkan 'bawang merah dan bawang putih tumbuk' dalam rempah !
yaaaa..
Betul ! Betul !

Tapi sejak akhir-akhir ni  kerana nak cepat masak, asyik skip aja 'bawang merah dan bawang putih tumbuk' tuuuu...
Teringat arwah mak dulu turunkan rahsia kari yang sedap ini...
Semalam ...saya tak skip lagi.
Awal-awal dah tumbuk, takut terlupa...

Bahan A (Bahan tumis)
1/3 cawan minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah (dihiris nipis atau ditumbuk)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis atau ditumbuk)
1/2 camca besar halba campur

Bahan B (Bancuhan Rempah)
2 paket rempah kari ikan 'Hang Tuah'
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit air
asam jawa sebesar 1 1/2 ibu jari (jika ikan bawal, elok dilebihkan asam. Ambil jus nya. perah 3 kali)
sedikit garam

Bahan C
6 ulas bawang merah (ditumbuk hancur)
4 ulas bawang putih (ditumbuk hancur)
1/4 kotak santan pekat (santan kotak kecil)
2 cawan air biasa

Bahan D
6 ekor ikan kembong yang bersaiz besar

Bahan E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
12-15 biji kacang bendi
2 biji tomato segar (di belah 2)
4 helai daun bawang (di kerat panjang ~ 2 inci)
2 biji cili hijau (dibelah 2 tetapi jangan sampai putus dan dibuang biji nya)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bahan A sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan bahan B ia-itu bancuhan rempah dan dibesar kan api. Biar sehingga rempah mendidih.
3. Apabila rempah dah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan rempah masak dengan perlahan dan menjadi pekat dengan minyak bergeledangan dalam periuk. Pastikan  ia kerap di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
4.Setelah rempah menjadi pekat, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dan masak lagi ia biarkan selama ~ 5-7 minit baru dimasukkan santan pekat dan air.
5.  Sebatikan santan dengan rempah, baru dimasukkan ikan. Apabila ikan separuh masak, terus masukkan bendi, tomato dan cili hijau dan daun bawang akhir sekali.
6. Kecilkan api dan biar ikan dan lain-lain masak perlahan-lahan. Pastikan jangan biarkan kari mendidih terlalu lama.

Saperti biasa
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera ...

Friday, 23 September 2016

JEJARI TEMPE RANGGUP BEREMPAH... Sedap dengan Keranggupan yang tahan lama !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua ..

Hari ini saya sediakan kepingan tempe yang di goreng ranggup dan berperisa dengan rempah ratus dan sedikit pedas. 
Tapi tak ada rasa pedas pon selepas dimasak kerana saya hanya masukkan sebiji cili padi merah saja.

Sedap di makan dengan sambal Kicap yang masih berbaki... sayang pula nak buang walau pon dah tinggal sedikit tu.

Memang tahan keranggupan tempe ini  !

Jomm... 




Bahan A
Minyak secukup nya untuk menggoreng tenggelam
2 keping tempe (dipotong nipis memanjang)


Bahan B
3 camca besar tepung sagu
3 camca besar tepung beras
1 biji kuning telur
1/4 camca teh serbuk kunyit
1/4 camca teh perencah 'Secukup Rasa'
1/4 sudu teh baking powder
sedikit garam
sedikit air

Bahan C (diblend halus)
1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh lada putih
1/2 camca teh jinta manis
1/2 camca teh jintan putih
1 biji cili padi merah
sedikit air (sedikit sahaja sekadar nak memastikan boleh diblend hancur)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe sekejap sekadar nak mengeringkan sedikit air dalam tempe .
Jangan terlalu lama  kerana kita akan menggoreng kembali tempe apabila kita salut dengan adunan tepung.

2. Angkat dan toskan minyak nya.

3. Dalam mangkuk adunan satukan kesemua bahan B (kecuali air) dan bahan C.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kita mendapat kelikatan saperti goreng pisang. Sebatikan adunan. Pastikan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
5. Panaskan minyak kembali dan apabila minyak telah panas, celup tempe yang telah digoreng tadi kedalam adunan dan goreng. Pastikan jangan terlalu banyak sekadar penuh kuali dah mencukupi kerana kita tidak mahu suhu minyak turun mendadak.
6. Apabila agak tepung sudah masak dan ranggup boleh lah diangkat dan toskan atas kertas serap minyak.

* Selamat Menjamu Selera ...


Wednesday, 21 September 2016

PISANG GORENG & SAMBAL KICAP 'GULA KABUNG' ... Ranggup Manis & KAW Sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..

Menu petang saya semalam PISANG GORENG & SAMBAL KICAP 'GULA KABUNG'
'Pisang awak' yang dibeli oleh anak saudara ini sungguh-sungguh manis !
Saya goreng pula dengan adunan tepung yang dicampur dengan tepung sagu...
maklum beberapa hari lepas dah tahu rahsia nak mendapatkan tepung yang ranggup dan tahan lama ..
boleh rujuk disini ...NASI AYAM PENYET ...yang Terlajak Sedap dengan Kremesan Super Renyah dan Bersarang 'Anti Gagal' 

Cicah pula dengan SAMBAL KICAP 'GULA KABUNG'. 
Gula yang saya beli di Melaka tempoh hari..

Masa menetap di KL dulu, Port Dickson dan Melaka memang saya jarang sampai walau pon tak jauh jarak nya.
Kalau ada kursus baru turun ke Selatan tu...
Maklum lah sibukkkkk memanjang siang malam sampai tak ingat dunia ....

La ni bila dah balik Penang baru terasa nak pi jalan-jalan Melaka
Kebetulan beberapa bulan lepas saya ke Port Dickson, jadi ambil kesempatan jalan-jalan dengan anak saudara ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall.
Shopping sakan segala barang yang teringin di hati termasuklah Gula Kabung Asli.
Sedap ni !!!!!
Satu bungkus ada 8 ketul.

Hari ini saya masa 1/2 dari seketul tu.. manis sungguh... maklum gula Asli

Jom...

PISANG GORENG


Bahan A
3 camca penuh tepung sagu
3 camca penuh tepung beras (cap 1 gajah)
1 camca air kapur
1 biji kuning telur
1/2 camca teh serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit air

Bahan B
Minyak secukupnya untuk goreng tenggelam
Pisang secukup nya
1/2 camca teh baking powder

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Pisang dibelah 2 secara menyerong.
2. Panaskan minyak didalam kuali dan dalam masa yang sama satukan kesemua bahan A dalam mangkuk.
3. Bila minyak panas baru masukkan baking powder kedalam adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
4. Celup pisang kedalam tepung dan goreng sehingga keemasan baru diangkat keatas kertas serap minyak.


SAMBAL KICAP 'GULA KABUNG'


Bahan A (diblend kering atau di tumbuk)
8 biji cili padi merah
5 ulas bawang putih

Bahan B
1/2 ketul 'Gula Kabung'
Kicap Manis 'Kipas Udang'
Kicap Masin 'Kipas Udang' (sedikit sahaja untuk balancekan kemanisan sambal dan pisang goreng semasa makan)
Jus dari 2 biji limau kasturi
Sedikit air (sedikit sahaja)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan B.
2. Siap untuk dihidangkan.


Tuesday, 20 September 2016

ITEK SALAI 'SAMBAL KERISIK' ... Memang-memang marvelous !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..

ITEK SALAI 'SAMBAL KERISIK' menu tengahari semalam...
Last 'kopek' Itek Salai yang dibeli  di Kuala Pilah Negeri Sembilan tempoh hari
1/4 ekor dari saiz itek yang besar, saya potong-potong dapat dalam ~ 10 ketul.
Masih elok lagi isi nya.

Beli seekor yang bersaiz besar, dah 3 kali masak dengan 3 resepi berbeza
Boleh rujuk disini...
RENDANG LADA HITAM ITEK SALAI ... memang lama mengidam nak makan !
MASAK LEMAK 'NEGERI SEMBILAN' ITIK SALAI.... memang terlajak sedap !
dan hari ini ITEK SALAI 'SAMBAL KERISIK' ... Memang-memang marvelous !

Bahan A
10-12 ketul isi itek Salai
1 batang serai (diketuk lebam)
1 camca besar 'penuh' kerisik
2 keping asam gelugor

Bahan B
1 helai daun kunyit (dihiris lebar)
1/2 kiub 'pati ayam'
garam

Bahan C (bahan tumis)
sedikit minyak
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)

Bahan D (diblend halus)
20 biji cili kering
10-12 biji cili padi merah
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
sedikit air

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan C sehingga terbit aroma yang wangi dan daun kari sedikit layu.
2. Masukkan bahan kisar/ bahan D dan biarkan cili mendidih sebentar.
3. Masukkan kesemua bahan A dan terus masak sehingga daging itek lembut dan kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak yang 'bergeledangan' dalam periuk.
4. 5 minit sebelum angkat, perasakan dengan bahan B.

* Selamat Menjamu Selera ...


Monday, 19 September 2016

NASI AYAM PENYET ...yang Terlajak Sedap dengan Kremesan Super Renyah dan Bersarang 'Anti Gagal'

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ..


Hujung minggu; 2 hari lepas / hari sabtu, saya telah menyediakan menu istimewa ia-itu Nasi Ayam Penyek untuk hidangan keluarga saya seramai 11 orang. 

Alhamdulillah...
Memang puas hati betul !
AYAM..Texture dan rasa isi ayam yang ter' amat-amat sedap; 
Bahagian luar yang garing dan krup-krap dengan kremesan yang ranggup
didalam dengan isi ayam yang moist dan sebati dengan rempah ratus.
KREMESAN.. yang ter'sangat-sangat ranggup, tahan lama dan amat mudah menyediakan nya.
SAMBAL.. yang penuh terasa lemak, pedas, masam dan masin nya.
TEMPE yang begitu lembut dan amat lemak dan terasa rempah nya.
TAUHU juga saperti tempe begitu lembut dan amat lemak dan terasa rempah nya.
SUP yang mengiurkan selera.
SAYUR Kacang Panjang yang 'fresh ranggup' beli dipasar tani, baru dipetik. ps* Lain kali nak beli lagi sayuran di Pasar Malam Kubang Semang' Segar-segar semua. Terpikat sungguh !

Rugi kalau tak cuba !

KREMESAN
Yang lebih dikenali dengan sebutan 'Krup-Krup' dikalangan ahli keluarga saya atau juga dikenali sebagai crispy.
Setelah masuk kali ke empat mencuba, akhir nya saya telah berjaya menyediakan Kremesan ini
Amat-amat mudah menyedia dan memasak nya
Sungguh-sungguh ranggup
dan yang pasti ....Tahan Lama keranggupan nya !

Pengalaman pertama mencuba beberapa lama dahuluuuuu... menggunakan tepung beras, keranggupan kurang ranggup dan lembut dalam beberapa jam sahaja.
Pengalaman kedua mencuba 2 minggu lepas menggunakan campuran tepung beras dan tepung Ubi Kayu (Tepung Tropika) setelah menonton cara memasak nya melalui Youtiub masih juga tidak berjaya.... 
Dapur penuhhhhh ! dengan percikkan-percikkan minyak semasa menggoreng..
Aduhaiiiiiiiiiii mengeluh dalam hati saja ...............
Buat separuh jalan dan akhir nya saya ambil keputusan bagi kepada 'Tong Sampah'

Alang-alang dapur dah penuh dengan percikan minyak.. saya bancuh lagi satu adunan.
Kali ini saya menggunakan campuran tepung beras dan tepung 'Arrow Root' yang menurut kata penjual tepung ini, ini adalah tepung sagu... 
tapi masih tidak berjaya, walau pon ranggup tetapi tak tahan lama.
emm... mungkin bancuhan saya tidak cukup lengkap atau terlebih cair.

Tidak patah harapan dan semangat .........
Terus-terusan menggodek dan mencari resepi Kremesan saperti 'Dapur Penyek' dan 'Restoren Ayam Penyek Ampang Park' yang ranggup tu.
Akhir nya saya temui resepi Kremesan ini kremesan-super-renyah-dan-bersarang-anti-gagal yang telah berjaya dicuba oleh blogger-blogger Indonesia dan mendapat pujian ramai disana.

Terima Kasih  'Tintin Rayner' untuk resepi Kremesan ini........

Alhamdulillah... 
walaupon tak sama saperti 'Dapur Penyek' dan 'Restoren Ayam Penyek' yang mana texture kremesan mereka 'lebih kasar ' tetapi keranggupan dan ketahanan nya tak boleh disangkal lagi  , menyamai restoren tersebut.
Nak menyediakan pon amat mudah.
Memang saya amat-amat berpuas hati.

Alhamdulillah akhir nya saya berjaya...

Yang menjadi masalah sekarang, susah nak dapatkan tepung sagu ni
Bukan selalu digunakan dalam masakan harian sebab tu tepung ni jarang dijual.
Cuba juga mencari di kedai-kedai mamak.. maklumlah kedai mamak kan ada bermacam-macam tepung dan rempah ratus.. tak ada
Pergi kedai bakeri ditempat saya .. yang ada 'Arrow Root' 
Akhir nya terfikir nak tanya kedai bakeri BAGUS yang bertempat di Kajang.
Saya call... Alhamdulillah ada !
Terus wsap anak saudara.. kebetulan beliau kerap ke KL, jadi saya pesan sebungkus peket kecil dulu.
Takut nak beli banyak... takut tak menjadi pulak... kan rugi
RM 2.10 sahaja untuk  500 g ... emmm OK lah tu tak lah mahal

Jomm kita tengok resepi

AYAM GORENG PENYEK 




Bahan A
2 ekor ayam (setiap ekor 1.5 kg dan dipotong 6 atau 8 ikut kesukaan)
3 helai daun bay
1 batang serai (diketuk lebam)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kiub 'pati ayam'
sedikit air (hanya untuk tenggelamkan ayam saja. 4/5 tenggelam pon boleh. Janji ayam boleh masak semasa merebus. Jangan lebih kerana akan membazir rempah rebusan)
sedikit garam

Bahan B (diblend halus)
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 camca teh lada hitam
2 camca teh ketumbar

Bahan C (Tepung gorengan Ayam)
125 gram Tepung Sagu
2 sudu besar 'penuh' tepung beras 'Campuran' (Cap 1 Gajah. Kalau 3 Gajah untuk kuih-muih)
1 biji kuning telur
250 ml 'air rebusan ayam' (Ambil lebih rempah-rempah rebusan)
1/2 sudu teh baking powder (dicampur semasa nak menggoreng ayam)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk dan rebus dengan api sederhana. 
Kalau nak balik-balikkan ayam, pastikan dibalik dengan perlahan dan jangan terlalu kerap untuk mengelakkan ayam hancur. Proses merebus jangan terlalu lama kemungkinan isi ayam akan hancur dan texture menjadi kurang menarik.
3. Jika pasti isi ayam telah masak sampai ketulang, terus di angkat dan asingkan isi ayam dari air rebusan.
* Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk merebus rempe dan tauhu nanti.

4. Satukan kesemua bahan C dalam bekas yang lain dan ratakan.
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Apabila minyak sudah panas, baru masukkan baking powder kedalam adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
7. Celup ayam kedalam adunan tepung dan goreng. Buat satu persatu.
8. Goreng pula jangan terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak. Hanya sekadar nak menggaringkan tepung dibahagian luar sudah mencukupi dan boleh diangkat kedalam penapis yang dilapik dengan tisu penyerap minyak. Angkat juga kremesan dari gorengan ayam.
9. Tabur dengan kremesan semasa dihidangkan.


TEMPE DAN TAUHU PENYEK



Bahan A
4 keping tempe (setiap keping dipotong 6)
4 keping tauhu (setiap keping dipotong 6)

Bahan B
Baki Air rebusan ayam diatas

Bahan C
Baki Tepung gorengan Ayam diatas

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Selepas ayam dikeluarkan dari periuk rebusan (bahan B), masukkan pula tempe dan tauhu.
2. Rebus selama 1/2 jam dengan api yang sederhana supaya rempah ratus meresap dengan sebati.


3. Keluarkan tempe dan tauhu dari periuk dan masukkan kedalam bahan C.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe sehingga ia menjadi sedikit keperangan. Angkat dan toskan atas kertas serap minyak.


KREMESAN SUPER RENYAH DAN BERSARANG



Bahan A
125 gram Tepung Sagu (JANGAN diganti dengan tepung Tropika atau Kanji)
2 sudu besar 'penuh' tepung beras  'Campuran' (Cap 1 Gajah. Kalau 3 Gajah untuk kuih-muih)
200 ml air + 100ml Santan Pekat (saya guna 280 air rebusan ayam + 20 ml santan pekat)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh Double Action Baking Powder (saya masukkan 1 sudu teh Baking Powder biasa) 
2 ulas bawang putih (dicincang halus) * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
Kiub ayam * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A (kecuali Baking Powder) diatas sampai rata.

Langkah Langkah Menggoreng
2. Panaskan minyak dalam kuali. Sambil menunggu minyak panas, baru masukan baking powder ke dalam adunan dan kacau sehingga rata.
3. Pastikan minyak sudah benar-benar panas....
Kacau-kacau adunan menggunakan telapak tangan dan ambil adunan dengan tangan dan masukkan ia kedalam kuali. Dan dengan bantuan jari jurai-juraikan ia sambil gerakan tangan secara berputar.

* Jarak tangan dari atas minyak lebih kurang 20-25cm sewaktu proses 'mengurai'
*Ulang 3-4 genggam untuk setiap kali menggoreng. Jika terlalu banyak/penuh takut nanti ia akan melekat antara-satu sama lain. Walau bagaimana pon ia bergantung kepada saiz kuali.
4. Adunan akan menyebar memenuhi kuali saperti berikut

4. Biarkan ia sedikit mengeras sebelum angkat hujungnya dan terus lipat 2 atau 4 (terpulang).
Jangan sekali-kali mengacau atau 'menguis' selagi ia belum mengeras kerana akan menyebabkan ia melekat antara satu sama lain dan tidak akan 'bersarang'.

5. Setelah melipat, perlahan kan api sedikit supaya ia masak dengan sekata.
6. Goreng sehingga warna keperangan dan agak-agak dah masak boleh lah diangkat.
7. Letakkan ia dalam penapis yang berasalaskan kertas serap minyak.
* Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan kedalam bekas yang bertutup untuk tahan lebih lama.

8. Besarkan sedikit api dan PASTIKAN minyak betul-betul panas, dan ulang langkah 3 sehingga habis adunan.

2 Foto dibawah adalah dari ehsan 'Tintin Rayner'



SAMBAL PENYEK 'LEMAK'


Bahan A
Minyak untuk menggoreng
8 biji cili merah
6 ulas bawang putih
20 biji cili padi merah
3 biji bawang besar (belah 4)
5 biji tomato segar (belah 2)
1 keping tempe (jika tempe bersaiz besar boleh lah gunakan separuh sahaja. Tak perlu banyak)
1 genggam ikan bilis
2 inci belacan (sebesar 2 ibu jari)

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
Jus dari 3 biji limau kasturi
1/2 kiub ikan bilis
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng kesemua bahan A diatas. (Saya masukkan kesemua sekali kerana nak cepat).
2. Agak-agak yang mana dah layu sedikit terus diangkat.
Kebiasaan nya tempe dan ikan bilis lambat sedikit, yang lain sekejap sahaja.
3. Bahan-bahan yang telah digoreng diatas akan ditumbuk supaya ia nampak kepingan-kepingan bawang, cili dll.
Tapi saperti yang saya katakan tadi kerana nak cepat, saya terus blend. Dah tu terlajak pulak sampai hancur semua. Walau bagaimanapon ia tetap sedap.
4. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis kesemua bahan-tumbuk/blend tadi. Masukkan bahan B yang lain dan masak sehingga ia pecah minyak dan menjadi pekat.


SUP AYAM PENYET



Bahan A
Tulang/Kaki/Leher Ayam
Air secukup nya
1 inci halia (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 kiub 'pati ayam'
sedikit garam

Bahan B
Daun sup
Bawang Goreng

Cara Cara Menyediakan Nya 
1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
2. Terus perlahankan api sekecil boleh dan masukkan Tulang/Kaki/Leher Ayam dan tutup periuk dengan tudung.
3. Biarkan ia masak secara perlahan sehingga kuah hampir mendidih semula.
4. Terus masukkan halia, bawang putih, kiub ayam dan garam. Biarkan selama 5 minit boleh lah diangkat.
5. Tabur dengan bahan B sebelum dihidangkan.


SAYUR SEGAR BUGAR



Kubis
Kacang Panjang
Timun

* Selamat Menjamu Selera ...